CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula

15-10-2014 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22209| Komen: 25

Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula



Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.

Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan  seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.

Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.


Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna




kisah Dracula   sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.

Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib.

Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.

Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha  merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia .

Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.

Dalam peristiwa Perang Salib,  Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam.

Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.

Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang  sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.

Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan.

Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.

Hyphatia mengatakan dalam bukunya :

“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram.

Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu.

Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”

Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:

“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”

Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab.

Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.

Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya.

Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.

Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan.

Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.

Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak.

Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.


Utusan Sultan Mehmed II


Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.

Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.

Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula.

Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.

Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan.

Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam.

Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .

Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib.

Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.


1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 8-10-2014 12:05 PM
dracula untold?

Quote berun 8-10-2014 12:10 PM
bellaa posted on 8-10-2014 12:05 PM
dracula untold?

      MACHA UNTOLD


vadivel.jpg_480_480_0_64000_0_1_0.jpg



Quote berun 8-10-2014 12:12 PM
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau film Rambo merupakan suatu fiksi yang kemudian dihasilkan  seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh fakta dijadikan fiksi.
Diawali dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kemudian tokoh ini mulai difilmkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoor of of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan film-film dracula yang lain yang dikemas dalam bentuk yang lebih moden seperti Twilight.

Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna , kisah Dracula   sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.

Dalam uraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh diceritakan  paska Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ustmaniyah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristen.

Keduanya tersebut berusaha menguasai dan merebutkan wilayah-wilayah baik  Eropa maupun di Asia . Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, yaitu ketika benteng Kristian ada di  tangan kekuasaan khilafah Ustmaniyah.

Dalam peristiwa Perang Salib,  Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia memaparkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300.000 jiwa umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang  sangat biadab dan kejam, yaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.

Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, yaitu seseorang itu ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang ujungnya ditajamkan. Korban yang telah ditusuk kemudian dimasukan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkongan hingga menembus kepala melalui mulut.

Hyphatia mengatakan dalam bukunya :

“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah seperti robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan teriakan kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam pada saat itu sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”

Tidak hanya orang dewasa saja yang menjadi korban kekejaman penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:

“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajalnya.”

Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.


Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mau tercoreng wajahnya. Mereka termasuk yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, tidak ingin membuka aib mereka sendiri. Dan ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin tampil seperti pahlawan.

Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walau bagaimana pun kejamnya Dracula, nama baiknya akan selalu dilindungi. Sehingga di Rumania saat ini, Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.

Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri  Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahwa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksi ini cukup berhasil.


Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyaknya masyarakat, khususnya umat Islam sendiri yang tidak mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.  Masyarakat umum hanya mengetahui bahwa Dracula adalah merupakan lagenda vampire yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.

Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksi tidak boleh dilepaskan dari dua benda, yaitu bawang putih dan salib.

Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan  dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan mujahid-mujahid Islam dalam perang salib,  sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.


Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam.  Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, ia adalah seorang yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutarbalikkan fakta ini.

Mereka berusaha menciptakan cerita sejarah agar merekalah yang terlihat mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksi bahwa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuannya adalah ingin menghilangkan peranan Sultan Mahmud II sekaligus untuk menunjukkan bahwa merekalah yang paling hebat, yang bisa mengalahkan Dracula si Haus Darah. (DYP)
Quote bellaa 8-10-2014 12:24 PM
berun posted on 8-10-2014 12:10 PM
MACHA UNTOLD

hurm takot jugak tgk misai dia..
Quote awanearisu 8-10-2014 02:11 PM
ada juga kisah fiksyen yang memaparkan kekejaman dracul ni. tapi filem yang terbaru ni memang jauh sangat kot tersasarnya
Quote helmeita 9-10-2014 12:28 PM
hem... baru cek tau.. tq kongsi ilmu
Quote Johnyblaze87 9-10-2014 02:46 PM
Betul ke ni? Ko copy paste dari mana ni bro? Letak lah source dia.
Aku xnk lah main ikut je kang malu aku. Heheheh
Quote berun 9-10-2014 03:53 PM
Johnyblaze87 posted on 9-10-2014 02:46 PM
Betul ke ni? Ko copy paste dari mana ni bro? Letak lah source dia.
Aku xnk lah main ikut je kang m ...

sila rujuk otai2 kt atas awak
Quote revolusi_30 9-10-2014 06:20 PM
Johnyblaze87 posted on 9-10-2014 02:46 PM
Betul ke ni? Ko copy paste dari mana ni bro? Letak lah source dia.
Aku xnk lah main ikut je kang m ...

Nah Sis....

[youtube]q9zJti81r00[/youtube]
Quote joyahglam 10-10-2014 10:20 AM
memula macam teruja nak tengok dracula untold.
bila dah tau plotnya, terus jatuh tak berminat
Quote vionna007 14-10-2014 12:12 PM
itu ke kisahnyer......dracula ni bukan pontianak la rupenyer.....
Quote dark_knight26 15-10-2014 05:01 AM
Aduhhh..

Dracula dgn Vlad the Impaler dua watak yang berbeza!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yg sula2 semua tuh Vlad!!! Bukannya Dracula!

Dracula merupakan satu watak pontianak yang diambil namanya based on Vlad the Impaler punya family nane/house name Dracul.

Tolonglah baca dan fahami sejarah wahai manusia2 sekalian. Dan berhentilah sikit2 nak salahkan barat.

Yg buat cerita ni pun dah awal2 bgtau dia tak ikut sejarah. Dia nak buat cerita sendiri. A new take. Sebelum mengarah pun dia dah bgtau. Jadi kenapa nak salahkan dia?? Samalah mcm bila KRU buat cerita Vikingdom dulu. Sah2 menghina kepercayaan org Nordic dan Vikings. Tak ada pun korg nak bising2 time tuh. Bila KRU kata dia buat a new take, boleh pulak korg terima, tp bila barat kata, xleh pulak korg terima. Pelik2. Sebab apa? Sebab org Islam menjadi mangsa Vlad?? Come on laa. Sebelum berlaku pertembungan dgn Kerajaan Uthmaniyah lagi si Vlad ni dah jadi celaka. Bunuh bayi suruh ibunya makan. Potong dada isteri suruh suaminya makan. Mcm2 lagi.

Aku bukan nak back up Barat atau Dracula atau Vlad. Ketiga2nya mmg celaka. Tapi aku pencinta sejarah. Aku cukup pantang org bercakap tanpa sebarang ilmu sejarah. Tanpa mengerti sejarah.
Quote ainahusnadilah 16-10-2014 08:39 PM
(Y) interesting
Quote Yustan 20-10-2014 12:38 PM
dracula mmg fiksyen semata tetapi diinspirasikan dr vlad tepes the impaler dr wilayah wallachia......vlad pernah dihantar menjadi tebusan di istana khalifah turki....mmg vlad ni gila darah n jahat.....jgankan umat islam, rakyat sendiri pun dibunuh n diseksanya.....dia pernah membunuh seorang wanita dgn kejam semata kerana suami wanita itu memaki pakaian yg koyak walhal wanita itu seorang tukang jahit....lps tu, si suami diarah kawin lain....dan byk lagi kes2 lain sperti memaksa ibu bapa makan daging anak sendiri etc.....

vlad hanya muncul sbg hero romania slps menangkis beberapa serangan turki uthmaniyyah ke atas wilayah wallachia......antaranya apabila vlad menyula 20,000 tawanan turki (dr pelbagai bangsa) di sebuah padang....khalifah turki (mehmed ll) yg menyaksikan peristiwa ini dikatakan terus mengundurkan tenteranya dan jatuh sakit (betulkan kalo aku silap) gara2 tersentak dgn kekejaman vlad yg luar biasa......

vlad beberapa kali dijatuhkan dr takhta gara2 perang n campur tangan kuasa2 kristian.....tapi dia bangkit dan kembali menentang turki.....vlad merupakan pakar dlm perang psikologi dan perang gerila.....kekejamannya telah menakutkan lawan dan serangan hendapnya merugikan pihak turki.....

biarpun dunia kristian mengagungkan vlad, tetapi bukan semua menyokongnya....kerajaan hungary n transylvania antara yg kuat menyokong vlad kerana penentangan vlad ke atas turki memberi kelebihan buat mereka....hungary bole fokus pd situasi di eropah tengah manakala transylvania akan kekal merdeka dr turki....wilayah2 lain pula bole kekal bebas tanpa perlu membayar jizyah kpd turki.....pihak yg tdk menyokong vlad pula kerana vlad seorang yg kejam, tdk bermaruah dan tyrant....bg mereka lebih baik berada di bwh naungan turki berbanding wallachia.....turki berpegang pd janji utk melindungi wilayah2 naungannya tetapi kerajaan2 kristian yg lain kerap memungkiri janji bergantung kpd keadaan politik semasa.....

dlm filem DRACULA UNTOLD, kononnya vlad seorang yg berwibawa n sayangkn tanahair n keluarganya.....malah sultan muhammad al-fateh (mehmed ll) digambarkan sbg seorang sultan yg gilakan peperangan.....malah wakil2 turki turut dianggap sbg biadapn kurang ajar....

fact 1 : sultan muhammad al-fateh (mehmed ll) merupakan penakluk kota terkuat di dunia ketika itu yg merupakan ibu kota roman byzantine empire, constantinople atau istanbul....hal ini pernah disebut dlm hadis nabi....malah sultan muhammad al-fateh merupakan seorang yg warak tdk spt yg digambarkn dlm filem DRACULA UNTOLD

fact 2 :sultan muhammad al-fateh lebih rapat dgn abg kpd vlad berbanding vlad semasa kedua-duanya di istana khalifah.....si abg dikatakan seorang yg bersopan manakala vlad seorang yg degil n kuat melawan

fact 3 : wakil2 turki telah dipaku serban2 mereka pd kepala masing2 krn enggan mengangkat serban sbg tanda hormat kpd vlad (alasan utk menghukum wakil turki)....dlm filem, wakil2 ini dilihat sbg biadap n vlad pula dilihat bertoleransi....

fact 4 : keanggotaan janissari (tentera elit turki) mmg dibuka kpd golongan anak2 kristian krn mereka tiada kepentingan politik....malah ibu bapa kristian berebut-rebut mahu menghantar anak mereka memasuki janissari krn turki memberi pembiayaan penuh, pendidikan n gaji kpd anak2 mereka.....dlm filem, dihantar menjadi janissari spt dihantar ke mulut neraka

filem DRACULA UNTOLD mmg memberi kelainan...tetapi jika dilihat oleh anak2 kecil yg tdk tahu apa2, kelak mereka akan menganggap sultan yg warak spt mehmed ll sbg lambang kekejaman....malah anak2 org islam skrg ramai yg x tahu kehebatan pejuang2 islam zaman dulu spt hayredine barbarossa, salahuddin al-ayyubi, sultan muhammad al-fateh, general terhebat sepanjang zaman khalid al-walid, tariq ibnu ziyad, baibars, umar al-khattab, umar abd aziz, sultan bayezid, abu ubaidah al-jarrah, amru al-as, muawiyah abu sufyan, yazid bin muawiyah etc.....org skrg lebih suka tgk wayang dr kaji sejarah sebenar....jd jgn terkejut jika ada anak2 yg kondem mehmed ll dan anggap dracula n vampire sbg hero...








Last edited by Yustan on 20-10-2014 12:42 PM

Quote Milah_tonggek 24-10-2014 03:13 PM
dah tengok dractla untold..

boleh x aku cakap, filem tu macam nak nampakkan Islam tu jahat?

sekali tengok bolehlah..dua kali tengok xleh, takot terpesong...sebab yg jahat dalam tu adalah org Islam..
Quote jkkkj 24-10-2014 05:50 PM
Kalau filem tersebut banyak memaparkan gambaran yang salah tentang Islam,kenapa pihak yang berkenaan meluluskan filem tersebut untuk tayangan umum?
Quote nad014 27-10-2014 11:54 AM
Yustan posted on 20-10-2014 12:38 PM
dracula mmg fiksyen semata tetapi diinspirasikan dr vlad tepes the impaler dr wilayah wallachia..... ...

betul,saya setuju.pengakhiran cerita asik2 Islam je la nampak buruk.APA yg saya nampak barat memainkan peranan secara halus dan kita tak perasan pun..pendapat saya
Quote Yustan 3-11-2014 11:29 AM
jkkkj posted on 24-10-2014 05:50 PM
Kalau filem tersebut banyak memaparkan gambaran yang salah tentang Islam,kenapa pihak yang berkenaan ...

sebab yg meluluskan pun macam kita gak.....takde pengetahuan mendalam tentang sejarah sebenar.....lgpun dgn lambakan filem2 berunsur vampire n dracula yg pernah lps masuk seblm ni, tak salah bg mereka utk meluluskan yg ini jugak.....
Quote nanacinta 3-11-2014 04:20 PM
anggap macam ni lah, sejarah adalah sejarah...terpulang pada interpretasi bangsa dan agama masing2...bagi orang barat, ottoman adalah penjajah...bagi orang islam, ottoman adalah pejuang...macam saya kata, terpulang pada interpretasi tamadun masing2...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.235622 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top