CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sejarah Perang Dunia I (World War 1)

15-10-2014 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8481| Komen: 7

Sejarah Perang Dunia I (World War 1)



Garis waktu
1914

28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.
28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia.
2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg.
3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary.
4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang ditandatangani oleh Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium.
19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali.
26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg.
Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau.
5-10 September: Pertempuran Pertama Marne.
September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg.
Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres.
November: Pertempuran Lodz.
25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan Barat.


1915

19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain.
4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
Februari: Pertempuran Masuria.
Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle.
Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert.
22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama.
23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli.
7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman.
13 Mei: Nota Lusitania pertama.
Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow.
30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan menenggelamkan kapal tanpa amaran.
5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia.
September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran Loos.
7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain.
28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.

1916

21 Februari: Pertempuran Verdun
Mei-Jun: Serangan Trentino.
31 Mei: Pertempuran Jutland.
4 Jun: Serangan Brusilov.
1 Julai-18 November: Pertempuran Somme.
7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.
31 Disember: Rasputin dibunuh.


1917

22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.
1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
24 Februari: Penenggelaman Laconia.
15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
Jun: Pertempuran Messines.
6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia.
Oktober: Pertempuran Caporetto.
7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
November: Pertempuran Cambrai.
3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.

1918

3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary dan Turki).
15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari perang.
Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
April: Serangan Zeebruggge.
Jun-Julai: Serangan Piave.
16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
17 Julai: Ekspedisi Archangel.
29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
September: Serangan St. Mihiel.
September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
September-November: Pertempuran Meuse-Argonne.
28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan Perjanjian Brest-Litovsk.


1919

28 Jun: Persetiaan Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.


Battle of the Somme Footage (1916). A Day that Shook the World. The Battle of the Somme began on July 1st, 1916 during World War One. A bloody battle that claimed more than 1 million casualties over a 5 month period. John Humphrys narrates. Includes footage of the battle.

A Day That Shook The World is the classic series that recalls the days of the 20th century that proved to be era-defining and pivotal in the course of modern history.




Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.


Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.


Punca Perang Dunia I
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.

Korban

Tentera Bersekutu

Belgium: 13,700 (0.2%)
Pihak British: 908,000 (16.5%)
Australia: 60,000
Kanada: 55,000
India: 25,000
New Zealand: 16,000
Afrika Selatan: 7,000
Britain: 715,000
Perancis: 1,354,000 (24.6%)
Greece: 5,000 (0.1%)
Itali: 650,000 (11.8%)
Jepun: 300 (0.0%)
Rumania: 336,000 (6.1%)
Rusia: 1,700,000 (30.9%)
Serbia: 450,000 (8.2%)
Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%)
JUMLAH: 5,497,600 (100%)


Kuasa-kuasa Pusat

Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%)
Bulgaria: 87,500 (2.6%)
Jerman: 1,770,000 (5.3%)
Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%)
JUMLAH: 3,382,500 (100%)

Orang awam

Austria: 300,000 (4.6%)
Belgium: 30,000 (0.5%)
Britain: 31,000 (0.5%)
Bulgaria: 275,000 (4.2%)
Perancis: 40,000 (0.6%)
Jerman: 760,000 (11.7%)
Greece: 132,000 (2.0%)
Romania: 275,000 (4.2%)
Rusia: 3,000,000 (46.2%)
Serbia: 650,000 (10.0%)
Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)







Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 11-9-2014 02:39 PM
Battle of the Somme Footage (1916). A Day that Shook the World. The Battle of the Somme began on July 1st, 1916 during World War One. A bloody battle that claimed more than 1 million casualties over a 5 month period. John Humphrys narrates. Includes footage of the battle.

A Day That Shook The World is the classic series that recalls the days of the 20th century that proved to be era-defining and pivotal in the course of modern history.

[youtube]kpCUFw-EnNw[/youtube]


Quote Raline 11-9-2014 02:40 PM
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.


Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.


Punca Perang Dunia I
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.


Last edited by Raline on 11-9-2014 02:51 PM

Quote Raline 11-9-2014 02:48 PM
Korban

Tentera Bersekutu

Belgium: 13,700 (0.2%)
Pihak British: 908,000 (16.5%)
Australia: 60,000
Kanada: 55,000
India: 25,000
New Zealand: 16,000
Afrika Selatan: 7,000
Britain: 715,000
Perancis: 1,354,000 (24.6%)
Greece: 5,000 (0.1%)
Itali: 650,000 (11.8%)
Jepun: 300 (0.0%)
Rumania: 336,000 (6.1%)
Rusia: 1,700,000 (30.9%)
Serbia: 450,000 (8.2%)
Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%)
JUMLAH: 5,497,600 (100%)


Kuasa-kuasa Pusat

Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%)
Bulgaria: 87,500 (2.6%)
Jerman: 1,770,000 (5.3%)
Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%)
JUMLAH: 3,382,500 (100%)

Orang awam

Austria: 300,000 (4.6%)
Belgium: 30,000 (0.5%)
Britain: 31,000 (0.5%)
Bulgaria: 275,000 (4.2%)
Perancis: 40,000 (0.6%)
Jerman: 760,000 (11.7%)
Greece: 132,000 (2.0%)
Romania: 275,000 (4.2%)
Rusia: 3,000,000 (46.2%)
Serbia: 650,000 (10.0%)
Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)
Quote Raline 11-9-2014 02:50 PM
wwd1.jpg
Quote Raline 11-9-2014 03:11 PM
[youtube]kpCUFw-EnNw[/youtube]



Quote Raline 11-9-2014 03:13 PM
[youtube]15KePf6PoaU[/youtube]
Quote alphawolf 14-9-2014 07:58 AM
Hari pertama Pertempuran Sungai Somme mengakibatkan kematian atau kecederaan 57,000 tentera British, majoritinya akibat dua jenis senjata - artileri dan mesingan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073085 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top