CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudahlah Mencuri, Memasak Pula Di Dapur Tuan Rumah!

27-11-2014 12:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7218| Komen: 42

Sudahlah Mencuri, Memasak Pula Di Dapur Tuan Rumah!

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri terkejut apabila kepulangan mereka dari bercuti disambut ‘tetamu’ tidak diundang yang ketika itu sedang leka memasak di dapur, dalam satu kejadian di Kampung Enjin Gergaji, Kemaman, Sabtu lalu.

Curiga dengan kehadiran ‘tetamu’ itu, pasangan berkenaan terus membuat pemeriksaan sebelum mendapati beberapa barang berharga di dalam rumah telah hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pasangan tersebut telah meninggalkan kediaman mereka dalam keadaan berkunci dengan baik sejak Khamis lalu.

“Bagaimanapun, apabila pulang semula pada hari kejadian, sejurus membuka pintu rumah utama, mereka terkejut selepas mendapati kelibat seorang lelaki dikenali sedang memasak di dapur.

Terkejut dengan kehadiran suspek, 29, yang bermaharajalela di dalam rumah, pasangan itu terus membuat pemeriksaan sebelum mendapati beberapa barang berharga telah hilang, termasuk duit tabung yang disimpan di dalam bilik,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, mungkin terlalu leka memasak, suspek tidak menyedari kepulangan pasangan itu sehinggalah dia disergah oleh salah seorang daripada mereka bertujuan untuk bertanyakan perihal kehilangan barang berharga tersebut.

“Namun, suspek cuba melarikan diri tetapi sempat ditahan sebelum pemeriksaan beg yang ada di tangannya, berjaya menjumpai beberapa barang berharga lain termasuklah sebuah kamera; dua helai baju; duit syiling berjumlah RM50; sepasang kasut dan sebilah pisau,” katanya.

Jelasnya lagi, yakin kesemua barang berharga milik mereka, pasangan itu terus menghubungi polis bagi menyerahkan suspek.

“Siasatan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai tanda-tanda rumah itu dipecah masuk dan berkemungkinan suspek memiliki kunci pendua, namun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana cara suspek memecah masuk rumah tersebut,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

12

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 27-11-2014 08:07 AM
Syukur ini kes terpencil sis.meleisyiah masih aman.;)
Quote meklin 27-11-2014 08:08 AM

dah mencuri.. lapaq pulak dah ..
masak dulu laahhh ..
Quote namirulmukminin 27-11-2014 08:14 AM
“Bagaimanapun, apabila pulang semula pada hari kejadian, sejurus membuka pintu rumah utama, mereka terkejut selepas mendapati kelibat seorang lelaki dikenali sedang memasak di dapur.
Hmmmm.... sah anak beranak dia la tu...
Quote batmana 27-11-2014 08:28 AM
dlu kecik2, cita2nya nk jadi tukang masak la ni..tapi x kesampaian..
Quote bangcak 27-11-2014 08:29 AM
"lelaki dikenali" ropanya... ingatkan saspek tak dikenali.

tt masam muka adik beradik pon nak buat ripot pulis, hebah
kat tred bagai.
adoi la...
Quote kentel 27-11-2014 08:29 AM
hihih...comel lah boleh masak lagi
Quote Cik_Andak 27-11-2014 08:44 AM
Dikenali sah2 la anak beranak dia la nih....elok la budak tu meringkuk lam penjara sbb curik duit syiling rm50..
Quote pittjie 27-11-2014 08:45 AM
iols lebih terpana-pana baca nama kampung tersebut. Kampung Enjin Gergaji ....
Quote aurora273 27-11-2014 08:51 AM
namirulmukminin posted on 27-11-2014 08:14 AM
Hmmmm.... sah anak beranak dia la tu...

tiba-tiba iols cari button LIKE kat uols punya komen... hahahaha... betul la tu, anak-beranak dia jugak la...
Quote cmf_conan 27-11-2014 08:51 AM
Dikenali tak semestinya anak beranak. .kaum kerabat..kawan2.. ntah2 dikenali sbb kenal muka..selalu nmpk kat mana2 ke..
Quote miss_baby 27-11-2014 08:55 AM
sempat masak lagi tu
tak pasal2 kena tangkap
Quote bellaa 27-11-2014 08:55 AM
Sambil menyelam minum air.

Penat merompak, tetiba lapor pulak dah.
Quote Psychedelia 27-11-2014 08:58 AM
Dikenali tu mungkin tukang cuci rumah yang datang seminggu sekali.. huhu
Quote tinkiwinki 27-11-2014 09:14 AM
selambaa kau dah curik pastu siap nak masak.
Quote kanan_kiri 27-11-2014 09:21 AM
mungkin nampak ayam dlm freezer..
Quote sapp73 27-11-2014 09:30 AM
nak makan kat luar hasil mencuri so so aje....terpaksalah dia memasak
Quote Jagendas 27-11-2014 09:47 AM
kampung chainsaw
Quote foxnike 27-11-2014 09:51 AM
Follow saranan kerajaan bagi golong miskin bandar. Masak makan kat rumah (tak kira rumah sape pun )
Quote chinta89 27-11-2014 09:53 AM
org kata kalau pakaiilmuhitan diorg akan mkn mknan dlm rumah yg dicuri.

myb takde mknan jd dia mask dulu mne yg ada.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066278 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top