Oleh Fyruz Meskipun kentut merupakan reaksi semulajadi tubuh, tapi kentut yang terlalu kerap dan berbau tentunya membuat sesorang akan berasa malu. Agar kentut boleh normal dan tak berbau busuk ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Apa pun jua... Menurut American College of Gastroenterology, rata-rata kentut 10 hingga 20 kali sehari masih dianggap normal yang tak kentut pastinya tidak normal. Dalam frekuensi normal, kentut merupakan perkara yang sihat kerana menandakan sistem pencernaan khususnya gerakan peristaltik usus hingga anus berjalan dengan normal.
Selain membuat ketidakselesaan sosial, kentut yang berbau busuk boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di perut. Perubahan pola makan dan gaya hidup dapat membantu mengurangkan jumlah gas dalam tubuh. Dilaporkan Livestrong, Berikut adalah beberapa cara mengatasi agar kentut tak berbau busuk: 1. Minum Teh Herba Minum teh herba selepas makan dapat mencegah terbentuknya gas di usus. Breastcancer.org mengesyorkan teh chamomile atau peppermint, yang dapat membantu tubuh anda mencernamakanan dengan betul sehingga mencegah kentut berbau. Teh hijau juga boleh membantu. 2. Hadkan makanan yang mencetuskan gas di perut Terlalu banyak makan makanan yang tinggi serat seperti kacang-kacangan dan ubi-ubi boleh mencetuskan gas di perut. Hadkan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kecambahdan kembang kol bila anda sedang mengalami perut kembung. Alkohol dan minuman bersoda juga boleh membuat anda lebih sering kentut dan berbau. Tidak kurang jika anda pengamal ulam-ulaman seperti petai, jering dan sebagainya perkara pasti bila memakan makan tersebut kadar kentut berbau agak tinggi juga 3. Perhatikan pengambilan produk susu Perhatikan apakah gas dalam perut anda meningkat ketika mengambil produk susu seperti susu, keju dan yogurt, kerana boleh jadi anda tidak toleran terhadap laktosa, yang boleh membuat anda lebih sering kentut dengan bau yang busuk. 4. Tetap aktiviti sukan Menurut MayoClinic.com teratur melakuan aktiviti sukan boleh membantu meringankan chronic intestinal gas (kentut yang berlebihan) yang menyebabkan kentut berbau busuk. Pilih latihan yang ringan seperti berjalan kaki dan senaman ringkas, yang dapat membantu sistem pencernaan yang sihat sehingga tidak menghasilkan gas yang berlebihan. 5. Tukar kebiasaan makan Tukar kebiasaan makan anda untuk membantu tubuh mencerna makanan dengan betul dan mengurangkan udara yang masuk ke perut semasa makan. Kunyahlah makanan dengan perlahan,mulut tertutup, tidak dengan gigitan besar dan tidak bicara semasa mengambil makanan. Jangan gunakan sedutan semasa minum dan elakkan gula-gula getah untuk mencegah lebih banyak udara masuk ke perut.
|
5
Bagus |
10
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT