Oleh Fyruz Bagi yang tidak mengetahui, terdapat beberapa jenis seluar kembang yang menjadi item fesyen muda-mudi masa kini. Sebagai contoh, kita ada potongan seluar kembang Wide Leg, Palazzo, Bellbottoms, Bootcut dan Trouser Pants. Tapi adakah kita sesuai untuk memakai semua jenis seluar tersebut?
Mari Ladylista ajar tips untuk kelihatan cantik memakai seluar kembang. Jangan kita ikut sekali kembang. Untuk kelihatan cantik, kamu harus mengetahui potongan badan anda. Jom baca. Bentuk Jam Pasir Kalau anda belek diri anda di cermin, persis Kim Kardashian, iaitu memiliki dada dan pinggul yang besar, seluar kembang jenis Bell Bottom sangat sesuai dengan anda. Kalau nak lagi cantik, kenakan dengan tali pinggang. Ia akan memperlihatkan susuk tubuh anda dan anda akan kelihatan lebih kurus. Bentuk Lurus/Kurus Orang kata potongan model la senang cerita. Syukur lah jika anda memiliki susuh tubuh sebegini,, kerana anda boleh menggayakan semua jenis seluar kembang yang ada. Bertuahnya badan. Namun jika kamu jenis kurus dan bersaiz genit, sila elakkan seluar jenis mencengkam bahagian kaki kerana anda akan kelihatan lebih pendek. Bentuk Bulat Bagi anda yang memiliki perut yang besar, dada yang besar, pendek kata sukar mencari bahagian kecil di tubuh anda, anda perlu mencuba seluar kembang jenis Bootcut atau Trouser. Potongan seluar sebegini dapat membantu anda menyeimbangkan bentuk badan anda secara keseluruhannya. Jangan rasa sedih kerana ada sebilangan lelaki berpendapat potongan badan jenis ini lebih seksi. Jika anda mahu dapatkan efek lebih tinggi, pastikan pinggang seluar anda betul-betul diparas pusat anda. Bentuk Buah Pir Paling senang untuk menentukan anda tergolong dalam potongan ini adalah, anda mempunyai bahagian bawah badan yang besar. Dengan itu, sila la menghindari seluar yang mempunyai perincian yang sarat dibahagian pinggul atau pinggang. Anda seharusnya mengenakan jenis seluar yang jika boleh tidak mempunyai banyak perincian dan singkas. Potongan Wide leg atau palazzo sangat in untuk anda. Nota: Apapun pilihan seluar kembang anda, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Semoga panduan ini berguna untuk semua. -CARI Infonet.
|
ADVERTISEMENT