CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Soya Berlebihan Bawa Kesan Buruk Pada Lelaki

9-12-2014 11:48 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7740| Komen: 11

Oleh Fyruz Hanna


                                                                                                                                                                    

 Air soya kaya dengan antioksidan isoflavone yang juga bersifat xenoestrogen. - Foto Internet
                                           
GOLONGAN lelaki yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol.
        
        Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan paras kortisol ini mendedahkan seseorang kepada pembentukan pelbagai penyakit. Penemuan tersebut berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu (whey) terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot.
        
        Kajian berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang (randomized, placebo-controlled crossover) yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin (SHBG, sex hormone-binding globulin) pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan (resistance exercise). Saintis membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu.
        
         
        Fenomen keperempuanan
        
        Dalam kajian tersebut hormon 10  lelaki berusia awal 20an diarahkan hanya mengambil suplemen berdasarkan jenis yang dirancang. Subjek kajian dibahagikan tiga kumpulan iaitu mengambil protein dadih susu; mengambil protein soya; dan mengambil plasebo maltodextrin.
        
        Setiap subjek kajian diarahkan mengambil 20 gram suplemen seperti dirancang untuk dua minggu. Mereka kemudian diarah untuk menjalankan enam set cangkungan berhalangan berat yang melebihi 80 peratus keupayaan daya angkatan mereka. Pada penghujung hari ke 14, penyelidik mengambil profil hormon daripada setiap subjek dan seterusnya menjalankan perbandingan.
        
        Mereka mendapati setiap subjek kajian yang mengambil protein kacang soya mengalami penurunan paras testosteron dan pada masa sama mengalami peningkatan paras kortisol. Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan kortisol mendedahkan diri mereka kepada peningkatan berat badan serta meningkatkan risiko untuk mengalami pelbagai penyakit.
        
        Fenomena ‘keperempuanan’ (feminization phenomenon) memang boleh berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada sama paras kortisol tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena tersebut akan mengalami sifat fizikal orang perempuan iaitu pertumbuhan puting payu daya, pembesaran payu dara dan hot flashes.
        
        Pada masa sama mereka juga boleh mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif. -CARI Infonet.
9

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 7-8-2014 12:30 AM
sambungan

http://www.sinarharian.com.my/re ... esan-buruk-1.305167
Quote ninaspakita 7-8-2014 10:10 AM
ni lagi satu nak share sal soya.....harap mmbntu..

Link dekat bwah ini akn dapt mmbntu...hehe

http://jannahsuhaimi.blogspot.co ... wanita-penting.html
Quote shahadilla 7-8-2014 05:11 PM
kepada pengemar soya tu....jom beralih kpd esp shaklee....semestinya bebas gmo......

pengedar sah shaklee anda
noorshahadilla
whatapp 0145927119
Quote adlii 8-8-2014 01:55 AM
shahadilla posted on 7-8-2014 05:11 PM
kepada pengemar soya tu....jom beralih kpd esp shaklee....semestinya bebas gmo......

pengedar sah ...

Siap iklan lagi tu...mod akan bertindak nnt
Quote kmed 10-8-2014 05:26 PM
ada org cakap minum soya tetek besar nanti...
Quote adlii 13-8-2014 04:59 PM
mod masih belum bertindak?
Quote jijah 17-8-2014 11:13 PM
Shahadilla..shaklee oun soy based jugak...based on my experience dan jugak kawan2 yg mkn shaklee, shaklee ni merubah hormon....haid yg tak menentu dan berpanjangan...sebabkan shaklee, i  tak berani nak ambil apa2 suplement yg soy based..
Quote Hasfa1990 18-8-2014 04:29 PM
Ada kebenarannya. Khasiat juga tidak boleh ditolak. Supplemen soya?? Saya sendiri memang penah gunakan supplemen beasaskn soya sebegitu. Bukan tidak baik. Mmg membantu. membantu dr segi tahan lapar. Kenyang sahaja. Air dlm bdn pula bagaimana???. Ibarat makan nasi takde air. Tercekik kann. Seharusnya bersama air. Air. Air berfungsi dengan supplemen.
Quote AYAKAISHI_AYASY 19-8-2014 08:49 AM
Tapi soya sedap..
Beside,
Mana lagi nak cari susu yang bukan dari "animal-based"
Quote shahadilla 20-8-2014 10:59 PM
Hasfa1990 posted on 18-8-2014 04:29 PM
Ada kebenarannya. Khasiat juga tidak boleh ditolak. Supplemen soya?? Saya sendiri memang penah gunak ...

Betul kenyataan tt tu...mana2 supplement pun mesti bnykkan minum air....air tu pnting untk tbuh badan...tp bergantung lh dngn orng yng jual supplement tu...nk guide ke tak customer....tapi saya..mmng bertanggugjawab untk guide customer saya saja..
Quote shahadilla 20-8-2014 11:00 PM
AYAKAISHI_AYASY posted on 19-8-2014 08:49 AM
Tapi soya sedap..
Beside,
Mana lagi nak cari susu yang bukan dari "animal-based"

Memg sedap......

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040795 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top