Kerana Petai Pemuda Ditetak Dengan Parang Alor Gajah: Seorang kakitangan sebuah bank cedera parah terkena libasan parang oleh lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana mendakwanya mencuri petai di Kampung Daun Daun, Masjid Tanah, di sini, kelmarin. Difahamkan kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku dipercayai akibat salah faham antara mangsa dikenali sebagai Yusrey Yusoff, 34, dengan suspek berusia 30-an selepas mangsa mengesyaki lelaki itu mencuri beberapa petai di ladang miliknya sejak beberapa minggu lalu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menghubungi suspek untuk berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum suspek bersetuju menyelesaikannya dengan baik dan berjanji berjumpa. "Pada hari kejadian, suspek dikatakan menunggu mangsa di hadapan rumah sebelum beredar selepas mendapati mangsa tidak keluar. Dia kemudian pergi ke sebuah warung berdekatan namun berpatah balik ke rumahnya menaiki motosikal dipercayai untuk mengambil parang. "Beberapa minit kemudian, mangsa singgah ke warung sama untuk berjumpa suspek dan dimaklumkan penduduk yang suspek baru saja pulang ke rumah menyebabkan mangsa kemudian turut beredar ke sebuah balai raya berhampiran," katanya di sini, semalam.
|
27
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 10:04 PM
si A menuduh si B mencuri petai dikebunnya...si B tak puas hati..terus libas parang kat muka si A. ...
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 10:11 PM
yg tu entahlah..mungkin maksudnya..pasal petai parang hinggap kat pipi...
Ada lebih dari 4 ikat besar yang seikat ada 100 papan petai |
ADVERTISEMENT