CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Musim Sejuk Bakal Landa Malaysia

7-1-2015 06:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36549| Komen: 446

Musim Sejuk Bakal Landa Malaysia


CUACA sejuk bakal melanda Malaysia dalam tempoh terdekat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk di Kampung Keroh, Kuala Krai pada 25 Januari tahun lalu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

Gambar hiasan


“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 7-1-2015 10:45 AM
wah sejuk pulak..

best sejuk...xde la siang mlm dlm econ je..
Quote primemova 7-1-2015 10:47 AM
Kat bangkok mmg sejuk  skrg .... Cecah 18 degree
Quote supernaturalee 7-1-2015 10:47 AM
bulan mac start panas, kering
ready utk dicatu air lagi

aaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Knowlee 7-1-2015 10:48 AM
supernaturalee replied at 7-1-2015 10:47 AM
bulan mac start panas, kering
ready utk dicatu air lagi


Aaaaa... Tak best....
Quote faraway1 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..
Quote taikor 7-1-2015 10:50 AM
ini topik @HUHA ni
Quote kumbang7 7-1-2015 10:51 AM
faraway1 replied at 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..

err..xdpt dibayangkan...suhu 16c pun aku dh rasa derita sgt2 ni pulak berminus minus
Quote pittjie 7-1-2015 10:53 AM
faraway1 replied at 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..

cuaca macam ni kalau keluar .. pakai baju brapa lapis sis?

Quote spiderman80 7-1-2015 10:54 AM
Ada chance Spidey tidur malam dapat peluk Puan Botakchinpeng yang berlemak.
Quote dauswq 7-1-2015 10:54 AM
wah kalau salji turun kan best?
bersusah payah nanti nak beli heater bagai...

naive nya thoughts
Quote applemy 7-1-2015 10:54 AM
Best sejuk2 dgn kabus.. buat ai berangan mcm kat desa england.. hiks!

Suasana rumah redup dgn pokok tinggi rendang & kabus.. fuuhh
Quote faraway1 7-1-2015 10:55 AM
pittjie replied at 6-1-2015 09:53 PM
cuaca macam ni kalau keluar .. pakai baju brapa lapis sis?

My 10 winter, so boleh lah survived dengan selai tshirt dan jacket sahaja, selain neck warmer dan tuque. Serta gloves, cuma suhu camni, elakkan keluar rumah kalau tak da hal.
Quote Changa 7-1-2015 10:56 AM
mak_wa95 replied at 7-1-2015 10:45 AM
wah sejuk pulak..

best sejuk...xde la siang mlm dlm econ je..

sekarang pun dah dekat seminggu akak tak buka air cond.

Quote primemova 7-1-2015 10:57 AM
faraway1 replied at 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..

Kesiannya sis... -38 tu boleh kena frost bite....
Quote faraway1 7-1-2015 10:57 AM
kumbang7 replied at 6-1-2015 09:51 PM
err..xdpt dibayangkan...suhu 16c pun aku dh rasa derita sgt2 ni pulak berminus minus

Alah tegal biasa gitu..  Err lebih kurang camtu. Kalau tak biasa, memang menderita sikit, kulit kering, susah nak bernafas, tapi dah lama, ok
Quote amirul_nazri 7-1-2015 10:59 AM
Off Topic sket...Org2 Malaysia time2 musim sejuk  berduyun2 pergi ke luar negara

apa yg best time nie  di sana...kul 4pm dah gelap, kul 10am baru terang benderang..so borrring.
Quote mattzzx 7-1-2015 10:59 AM
Salji ada turun tak?
Quote faraway1 7-1-2015 10:59 AM
primemova replied at 6-1-2015 09:57 PM
Kesiannya sis... -38 tu boleh kena frost bite....

Kalau berluar rumah lelama tanpa pakaian secukupnya mungkin.

Nasib baik tempat me, homeless ada tempat berlindung, kalau tidak, sian dorang
Quote faraway1 7-1-2015 11:00 AM
amirul_nazri replied at 6-1-2015 09:59 PM
Off Topic sket...Org2 Malaysia time2 musim sejuk kat luar negara berduyun2 pergi sana

apa yg bes ...

Rusia memang pukul 10  masih gelap, tapi tempat me, jam 8 dah terang menderang...

Lihat semua komen(446)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040947 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top