CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedah Dilanda Musim Bunga!

7-4-2014 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 45164| Komen: 355

Description: Tambahnya, Kedah Berpotensi Mewujudkan Taman Sakura, Seperti Di Akasaka Palace Garden Di Tokyo, Atau Washington Monument Yang Dipenuhi Pokok Cherry Blossoms, Menarik Ribuan Pengunjung Setiap Kali Bung ...
ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu.

Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

Malah pengguna laman Facebook tidak terkecuali memuat turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai, yang tidak berpeluang melihat sendiri keindahan alam ini.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal turut mencadangkan agar sebuah taman diwujudkan hanya dipenuhi lanskap pokok ini, yang digelar pokok Sakura Malaysia.

Dalam komennya itu, Faisal mencadangkan antara lokasi sesuai antaranya Taman Jubli Emas Suka Menanti dan perkarangan Stadium Darul Aman.

“Alangkah cantiknya jika satu kawasan taman atau tanah lapang, dipenuhi lanskap pokok ini sahaja. Saya dapat bayangkan apabila musim bunga, pelbagai warna menghiasi kawasan. Tidak mustahil jadi tarikan pelancong ke Kedah,” katanya.

Tambahnya, Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura, seperti di Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang dipenuhi pokok Cherry Blossoms, menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya mekar.

“Setiap kali musim bunga, berduyun pelancong berkunjung. Kedah boleh menjadi perintis wujudkan taman Sakura Malaysia dengan adanya taman khas, seperti di Bangalore sinonim dengan ros, Belanda (Tulip), China (Cherry Blossoms) dan Jepun (Sakura),” katanya.


Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.

Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan.

Nurul Shamira Mohd Iqbal, 10, berkata, dia dan rakan terpegun dengan keindahan bunga itu dan merakamkan gambar untuk kenangan setiap tahun.

“Ramai orang yang lalu lalang di Jalan Gangsa ini, memberhentikan kenderaan dan merakamkan gambar di sini. Kawasan ini bagaikan sebuah taman berbanding hari biasa, hanya belukar,” katanya.

7

Bagus

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 6-4-2014 08:07 AM
Quote faraway1 6-4-2014 08:08 AM
motif kedah dilanda musim bunga dulu dari sini
Quote al-asil 6-4-2014 08:10 AM
kenapa kedah je? semalam aku pegi kenduri kawin kat melaka sama jugak pokok2 tgh berbunga kat sana, org melaka tak kecoh pun.
Quote jazaa 6-4-2014 08:12 AM
al-asil posted on 6-4-2014 08:10 AM
kenapa kedah je? semalam aku pegi kenduri kawin kat melaka sama jugak pokok2 tgh berbunga kat sana,  ...

kat johor pokok durian tengah berbunga......
Quote benzo33 6-4-2014 08:13 AM
kat seluruh negara mmg musim bunga ni..
Quote slyfynx 6-4-2014 08:28 AM
Adeh, kt taiping cam selalu je pokok ni berbunga ramai2
tp xde la nk batak panggil musim bunga kot
Quote secretservice 6-4-2014 08:31 AM
lepas ni semua akan amik pic lepas tu claim amik kat UK ke Jepun ke
Quote kecimpret 6-4-2014 08:31 AM
Alahai...pokok tu kat belakng jamban umah aku berlambak..hari2 musim bunga kat belakang jamban aku ni
Quote chaoyunjie 6-4-2014 08:33 AM
di kedah juga





Quote mitnick 6-4-2014 08:36 AM
chaoyunjie posted on 6-4-2014 08:33 AM
di kedah juga

ini yg kat jalan gangsa tue jugak ke?
Quote chaoyunjie 6-4-2014 08:57 AM
mitnick posted on 6-4-2014 08:36 AM
ini yg kat jalan gangsa tue jugak ke?

bukan...ni dekat yan
Quote kecimpret 6-4-2014 08:59 AM
chaoyunjie posted on 6-4-2014 08:57 AM
bukan...ni dekat yan

Yan kecik ke yan besaq?
Quote noor2 6-4-2014 08:59 AM
TuntungReturn posted on 6-4-2014 08:07 AM

pokok tecoma ni memang berbunga ikut musim....sesetengah pihak memang tak suka pokok ni ditanam ditepi jalan sebab bunga dan daun luruh...mengotorkan kawasan..

Quote mak_wa95 6-4-2014 08:59 AM
Cantik sangat.......
Quote haikalkah 6-4-2014 09:04 AM
Cantik ya.. Terasa nak ke kedah pulak
Quote kgdangar 6-4-2014 09:06 AM
April mmg stat musim bunga kat malaysia nih....

kat area KL pun dh stat kuar bunga kuning2 tuh...

maybe kat kedah pokok2 bunga dia lebih bnyak daripd biasa kot tauh nih.....
Quote jazaa 6-4-2014 09:06 AM
mak_wa95 posted on 6-4-2014 08:59 AM
Cantik sangat.......

ganti ke avatar ko dgn pokok ni......
pokok sblh ko tu tinggal ranting je.......jatuh ranting tu tembus payung ko, susah lak nanti.....
Quote chaoyunjie 6-4-2014 09:08 AM
kecimpret posted on 6-4-2014 08:59 AM
Yan kecik ke yan besaq?

yan kecik

yg ni kat pendang




Quote chinta89 6-4-2014 09:08 AM
wohaaaaa!

chantek

Lihat semua komen(355)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.072000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top