CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Terbabas, Orang Ramai Kecoh Berebut Buah Oren

13-1-2015 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6659| Komen: 25

Lori Terbabas, Orang Ramai Kecoh Berebut Buah Oren



KUALA LUMPUR 13 Jan. - Orang ramai di sekitar tempat letak kereta di Kepong terkejut melihat berkilo-kilo buah oren jatuh secara tiba-tiba dari atas bumbung dua buah kenderaan.

Buah itu sebenarnya datang dari sebuah lori yang terbabas di jalan bertingkat yang terletak di atas tempat letak kenderaan terbabit.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai berkerumun di sekitar tempat letak kereta berkenaan untuk mengutip buah yang dianggap tidak bertuan itu.

Malah, ada yang sanggup menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk berebut buah yang dipercayai dibawa dari sebuah kilang di Rawang.

Jurucakap polis berkata, sebuah lori membawa muatan penuh buah-buahan terbabas ketika melalui jalan bertingkat untuk ke Pasar Borong Selayang, kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Katanya, lebih 20 kotak oren itu terjatuh dan mengenai bumbung sebuah lori dan van yang diletakkan di tempat letak kereta tersebut.


“Pemandu lori buah itu dari Rawang dan mahu ke Pasar Borong Selayang untuk menghantar buah. Namun kenderaannya gagal dikawal lalu menghentam tembok jalan terbabit.

“Hentaman itu menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian belakang lori malah buah yang berada dalamnya terjatuh terkena bumbung van serta lori di tempat letak kereta di bawah,” katanya.

Katanya jurucakap itu, tiada kemalangan jiwa berlaku dan pemandu lori buah hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

“Ketiga-tiga pemandu kenderaan itu telah membuat laporan polis dan kes ini akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

18

Bagus
11

Marah
22

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angieen 13-1-2015 09:12 AM
apalah org kat malaysia ni, tak tolong tapi nak curi oren2 tu kat lantai
Quote atira 13-1-2015 09:15 AM
elok dihududkan aja depa2 tu
Quote Cik_Andak 13-1-2015 09:24 AM
ade gambar tak???
Quote duquesne 13-1-2015 09:32 AM
Cehh.. berkat ke makan buah tu? Jadi darah daging tuuu...
Quote Acong 13-1-2015 09:32 AM
tiada beda ummah pati dgn org kita

https://www.facebook.com/SukanStarTV/posts/818715368195483
Eksiden kontena yang membawa muatan oren diflyover sekitar kawasan pasar borong telah menjadi "mini pesta" bagi sebahagian warga pekerja myanmar,vietnam dan sebahagian warga tempatan.

Ini kerana buah oren yang jatuh dari atas flyover telag diambil secara "berjemaah" oleh mereka yang dimaksudkan..


Quote R2D2 13-1-2015 09:33 AM
setakat ni kalau lori babi terbabas
tidak ada kes babi hilang dilaporkan
tidak ada kes kereta melanggar belakang lori (ternyata brek berfungsi dgn baik bila ada lori babi di hadapan)
Quote skyreds 13-1-2015 09:35 AM
aiikkk...dalam lori pun kena sakau gak ke
Quote rayonronie 13-1-2015 09:38 AM
i wish i ckp strong utk tidak buat mcm ni klu insiden ni berlaku dpn mata
jadi darah daging tau
Quote sapp73 13-1-2015 09:42 AM
Ingat buah oren tu jatuh dr langit ke....
Quote elmen 13-1-2015 10:03 AM
simpan utk chinese new year lettewwww
Quote kumbang7 13-1-2015 10:06 AM
adakah anggapan mereka itu rezeki jatuh dari langit?
Quote saladin780 13-1-2015 10:08 AM
atira replied at 13-1-2015 09:15 AM
elok dihududkan aja depa2 tu

harap ustat zaharuding buat kenyataan media..suruh geng2 ni bertaubat
Quote famri7 13-1-2015 10:08 AM
Persis mendapat hidangan drpd langit kkdahnya...pprt sunggoh...siap berkelubong suchi sambil mengutup harta rampasan.
Quote maplesue 13-1-2015 04:42 PM
Takot nak kutip
Quote jojoba_beads 13-1-2015 04:52 PM
asteruk!!! dh ada la thread pasal ni.
Quote arira_arora 13-1-2015 04:55 PM
ayo... kemain amek buah oren tu.. kesian sggh,..
Quote musangcomel 13-1-2015 04:57 PM
famri7 replied at 13-1-2015 10:08 AM
Persis mendapat hidangan drpd langit kkdahnya...pprt sunggoh...siap berkelubong suchi sambil mengutu ...

janji berkelubung sis
tetap suci dimata ummah

Quote caprut 13-1-2015 05:00 PM
pasni slah sorg pencuri ni msti sbuk update kat moment or fb supaya dilaksanakan hukuman hudud, lwak tgok org malaysia
Quote perang_candu 13-1-2015 05:01 PM
Lori oren tu kat atas.. yang kat bawah tu lori jual groceries yg kena hempap oren.

jangan rembat sekali yg bawah suda.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063919 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top