CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Main ‘Game Online’ Hingga Mati Depan Komputer

19-1-2015 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9688| Komen: 45

Main ‘game online’ hingga mati depan komputer

Orang ramai dinasihati supaya bangun dan melakukan pergerakan setiap dua jam  ketika menghadap permainan komputer. - Foto Reuters



TAIPEI, 18 Januari: Seorang lelaki yang bermain permainan komputer  dalam talian (online) selama empat hari di sebuah kafe internet yang  disangka tertidur rupa-rupanya sudah tidak bernyawa.

Lelaki berusia 32 tahun itu yang hanya  dikenali dengan nama keluarganya Hsieh, ditemui kaku di atas kerusi dalam kafe  internet di daerah Hunei, di bandar Kaohsiung, Taiwan.

Seorang pengunjung kafe itu dilaporkan berkata,  dia menyangka Hsieh tertidur kerana kepenatan melayan permainan dalam  talian berkenaan.


“Kemudian pekerja kafe menyedari tubuh Hsieh  tidak bergerak-gerak.

“Apabila diperiksa, dia didapati sudah tidak  bernafas,” katanya dilaporkan portal berita tempatan Taipei  Times, yang turut dipetik beberapa agensi berita antarabangsa termasuk AFP dan Reuters.

Hsieh kemudian dibawa ke hospital dan doktor  mengesahkan dia sudah meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung  dipercayai berpunca daripada terlalu lama melayan permainan komputer dalam  talian.

Menurut pekerja kafe berkenaan, Hsieh  adalah pelanggan tetap di situ dan biasanya menghabiskan masa melayari internet  atau bermain permainan dalam talian di premis berkenaan sehingga  berhari-hari tanpa rehat.

“Apabila penat, dia tidur di atas kerusi saja,” kata pekerja berkenaan kepada wartawan Taipei Times.

Tidak diketahui apa permainan dalam  talian yang sedang dilayannya ketika mati, namun lelaki itu  dikenali sebagai penggemar permainan perang.

Mengulas mengenai kes itu, Ketua Polis  Hunei, Weng Chun-neng berkata, suhu sejuk dan terlalu keletihan melayan  permainan dalam talian yang sengit mungkin menyumbang kepada kegagalan  jantung Hsieh.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya bangun dan  bergerak selepas setiap dua jam menghadap permainan komputer.

“Polis akan menjalankan lebih banyak rondaan  untuk mengingatkan penduduk mengenai bahaya duduk terlalu lama ketika bermain  permainan komputer,” kata Weng.

Terdahulu pada 1 Januari lalu, seorang lelaki  berusia 38 tahun ditemui mati di sebuah kafe internet di New Taipei City selepas  melayan permainan dalam talian selama lima hari berturut-turut.

Namun menurut polis, ketika anggota pihak  berkuasa sedang sibuk menyiasat dan mengumpul bukti berkaitan kematian mangsa di  situ, pengunjung kafe yang lain begitu khusyuk bermain hingga langsung tidak  berganjak dari tempat duduk masing-masing.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 19-1-2015 08:56 AM
Sword art Online punya kes...
Quote alinone78 19-1-2015 08:59 AM
errr kalau dok main game yang android punya pun sama juga k?
Quote famri7 19-1-2015 09:00 AM
finesse replied at 19-1-2015 12:56 AM
Sword art Online punya kes...

Sis pernah main ke? Lagi best drpd wow kah?
Quote Syd 19-1-2015 09:01 AM
mampuih laa sekor2. degil yang amat. menyusahkan orang.

neh main 4 hari. tu hari main 3 hari. sebelum2 neh main 2 hari.

tak tido. hadap main games.


Quote Syd 19-1-2015 09:02 AM
alinone78 replied at 19-1-2015 08:59 AM
errr kalau dok main game yang android punya pun sama juga k?

err err err

itu ai ols jugak laa...hahaahah

cer tanya @tapibukanaku


tiap kali dia tanya ai wat apa, ai musti jawab tengah main games


hahahahah
Quote tapibukanaku 19-1-2015 09:06 AM
Syd replied at 19-1-2015 09:02 AM
err err err

itu ai ols jugak laa...hahaahah

mohon u bukan kategori kaku sambil jawab wassap ai..
Quote GhostWalking 19-1-2015 09:07 AM
Syd replied at 19-1-2015 01:01 AM
mampuih laa sekor2. degil yang amat. menyusahkan orang.

neh main 4 hari. tu hari main 3 hari. seb ...

macam pernah dengar la pasal org suka main game nih
Quote Syd 19-1-2015 09:11 AM
tapibukanaku replied at 19-1-2015 09:06 AM
mohon u bukan kategori kaku sambil jawab wassap ai..

sbb tu laaa ai suka yu wasap2 ai selalu...
tengok ai jawab ke tak
mana laa tau..

kot diammmm jahh

bertemu laa kita di jannah yea


Quote tapibukanaku 19-1-2015 09:12 AM
Syd replied at 19-1-2015 09:11 AM
sbb tu laaa ai suka yu wasap2 ai selalu...
tengok ai jawab ke tak
mana laa tau..

alamakkk..skeri nya..
Quote the_killer 19-1-2015 09:12 AM
tapibukanaku replied at 19-1-2015 09:06 AM
mohon u bukan kategori kaku sambil jawab wassap ai..

ko ngan syd duduk sebelah menyebelah ke?
Quote famri7 19-1-2015 09:12 AM
alinone78 replied at 19-1-2015 12:59 AM
errr kalau dok main game yang android punya pun sama juga k?

Nescaya bini akan report dekat press lalu masuj paper sebab dayus.mampu?
Quote Syd 19-1-2015 09:12 AM
GhostWalking replied at 19-1-2015 09:07 AM
macam pernah dengar la pasal org suka main game nih

problem jantung laaaa.
dah tak tido banyak hari..

minggu lepas baru ada satu thread kan, pasal 3 ari tak tido asik main games, mampuih dah
Quote khailya 19-1-2015 09:13 AM
sampai boleh mati? biar betul.. sbb tak mkn ke.. or tak cukup rehat?
Quote mdhelmi 19-1-2015 09:14 AM
gila kentang mamat tu
aku main online pon paling lama 4 jam je
Quote tapibukanaku 19-1-2015 09:14 AM
the_killer replied at 19-1-2015 09:12 AM
ko ngan syd duduk sebelah menyebelah ke?

duduk sebelah menyebelah tapi gigih nak ber-wassap...memang takkk lah...
Quote Syd 19-1-2015 09:15 AM
khailya replied at 19-1-2015 09:13 AM
sampai boleh mati? biar betul.. sbb tak mkn ke.. or tak cukup rehat?

ada yang makan skit
ada yang tak tido langsung

http://www.kemenyanberasap.com/2013/07/remaja-mati-keras-kerana-main-game.html#.VLxawc3MhSI


siap ada gambar keras lagi..


Quote GhostWalking 19-1-2015 09:16 AM
Syd replied at 19-1-2015 01:12 AM
problem jantung laaaa.
dah tak tido banyak hari..

ye eh?dengan kes yang cerai pasal husband asyik main game kan?
Quote Syd 19-1-2015 09:16 AM
khailya replied at 19-1-2015 09:13 AM
sampai boleh mati? biar betul.. sbb tak mkn ke.. or tak cukup rehat?





klasik sangat cara mati


Quote khailya 19-1-2015 09:20 AM
Syd replied at 19-1-2015 09:15 AM
ada yang makan skit
ada yang tak tido langsung

sampai mcm tu sekali ha..huhuhuhu

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049784 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top