Jangan Salahkan Pemaju Swasta
Katanya, semua pihak tidak boleh menyalahkan pemaju-pemaju hartanah swasta kerana tujuan mereka adalah untuk mencatatkan keuntungan dan adalah tidak sesuai untuk menggalakkan pihak swasta membangunkan rumah mampu melalui pemberian subsidi. “Mereka (pemaju-pemaju hartanah swasta) adalah kapitalis, tetapi tidak semua dan kerja mereka ialah mencari keuntungan. Jika mahu memperkenalkan undang-undang tertentu bagi menghalang mereka mengaut keuntungan adalah tidak sesuai. Jika sesiapa menjadi pemaju, tentulah keuntungan yang dicari “Saya rasa rumah mampu milik dan rumah kepada golongan berpendapatan rendah sebaik-baiknya diuruskan kerajaan. Biarlah syarikat swasta memaksimumkan kemampuan mereka untuk mengaut keuntungan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi inilah pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen Hartanah Tahunan Malaysia 2015 (MAREC 2015) di sini hari ini. Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong. Advertisement Kata Shanker lagi, ketika ini wujud kekeliruan kategori rumah mampu milik di negara ini apabila rumah berharga antara RM350,000 hingga RM450,000 sebuah dianggap sebagai rumah mampu milik. “Sepatutnya rumah mampu milik berharga antara RM150,000 hingga RM250,000 sebuah. Jika seorang suami mempunyai pendapatan setakat RM3,000 sebulan saya tidak merasakan dia mampu membeli rumah berharga antara RM350,000 hingga RM450,000 sebuah. “Kalau ditambah lagi de-ngan gaji isteri RM3,000 sebulan, masih belum cukup untuk membeli rumah berharga RM350,000 hingga RM450,000 sebuah. Harga yang sesuai kepada mereka sebenarnya ialah RM150,000 hingga RM250,000 sebuah,” katanya lagi. Dalam pada itu katanya, MIEA menjangka harga rumah serta aktiviti pembelian rumah akan mula meningkat pada 2016 dan 2017 sebelum mencapai kemuncak pada 2018. Katanya beliau, hal itu bersangkut paut dengan penekanan kerajaan untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik sejak kebelakangan ini terutama menerusi agensi-agensi yang telah dilantik. Sementara itu, Tee Yong dalam ucapannya berkata, mengikut data yang dikumpulkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), indeks peningkatan harga rumah tempatan pada suku ketiga 2014 hanya pada kadar 4.6 peratus berbanding 12.2 peratus pada suku yang sama 2013. Katanya, peningkatan yang lebih perlahan itu hasil beberapa langkah kerajaan untuk mengawal spekulasi harga rumah seperti pelaksanaan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), pinjaman bank 70 peratus untuk pembelian rumah ketiga serta harga minimum yang boleh dibeli rakyat asing dinaikkan kepada RM1 juta.
|
7
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Pembinaan rumah-rumah mampu milik sebaiknya dikendalikan oleh kerajaan berbanding pemaju-pemaju hartanah swasta yang secara amnya lebih terarah untuk mengaut keuntungan, menurut Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker.
Decaffeinated replied at 7-3-2015 08:12 AM
aku setuju.
private developer buat rumah orang kaya. ikut suka dialah nak charge. kalau tak suka ...
ADVERTISEMENT