DBKL pasang CCTV pantau pembuangan sampah
"Di Kuala Lumpur sekarang ini banyak berlaku pembinaan dan juga pengubahsuaian, maka akan ada pembuangan sampah secara haram di kawasan tanah awam dan juga tanah persendirian. "Untuk mengesan aktiviti pembuangan sampah ini, ia agar sukar kerana mereka selalunya akan membuang sampah sekitar tengah malam hingga 3 pagi...sebab itu kita kena pasang 'portable' CCTV untuk kesan siapa yang membuang sampah," katanya. Ahmad Phesal berkata demikian kepada media selepas melepaskan peserta 'Treasure Hunt' anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, hari ini. Turut hadir, Presiden MATTA, Hamzah Rahmat. Ahmad Phesal berkata, perancangan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan tertumpu di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku pembuangan sampah secara haram. Sebanyak 56 kereta dengan setiap kereta disertai antara tiga dan empat peserta menyertai pengembaraan dua hari bermula hari ini sehingga esok dan perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, Selangor dan seterusnya ke Ipoh, Perak. Sementara itu, mengenai pertandingan anjuran MATTA buat pertama kali itu, Ahmad Phesal berharap peserta dapat menjejaki Kuala Lumpur dengan lebih terperinci kerana banyak tempat menarik dan makanan lazat terdapat di bandar raya ini. "Kita sendiri tidak menyedari bahawa KL ini cantik sebenarnya. Kalau kita pergi secara 'detail', kita akan dapati pelbagai makanan di lokasi tertentu, bangunan-bangunan menarik serta penduduknya dapat kita fahami dan ini juga satu daripada cara mempromosikan warisan yang ada di negara ini. "Di KL pun, kita dah mula memperbanyakkan gerai dan restoran dan ini kita masukkan ke dalam 'food trail' mengikut kelompok makanan-makanan yang sesuai untuk diperkenalkan kepada pelancong asing," katanya. - BERNAMA
|
15
Bagus |
15
Marah |
26
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 18-4-2015 09:28 PM
Silly. Sediakan tong sampah banyak banyak. Habis tu sampah nak buang kat mana, silly. Aku kumpul sam ...
lavagym replied at 18-4-2015 09:32 PM
la..apsal semua negeri lu kena saman...??
ADVERTISEMENT