CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akim Ahmad Jadi Geng Basikal, "Tapi Tak Nak Membazir, Belanja Mewah"

18-10-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2530| Komen: 9

Bagi mengisi masa lapang ketika negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Akim Ahmad mula berjinak-jinak dalam sukan berbasikal.

Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, dia hanya bermula dengan membeli basikal lipat terpakai.

Foto: IG


Masih baharu dalam sukan tersebut, penyanyi berusia 30 tahun ini enggan membazir dengan mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk basikal.

"Bermula dengan basikal lipat yang dibeli ‘second hand’, saya kini memiliki basikal yang gear tidak boleh diubah.

"Tidaklah terlalu mahal, namun harganya bersesuaian dengn orang yang masih baru seperti saya. Bagi saya, tidak perlu membelanjakan terlalu mewah.



"Saya masih baru dan tidaklah terlalu hebat lagi. Cukuplah dengan apa yang dibeli berdasarkan kajian yang dibuat untuk beberapa tempoh.

"Saya hanya ingin mengembangkan lagi kemahiran dalam sukan basikal," kata Akim kepada mStar.



Sebelum ini, suami kepada penyanyi Stacy itu memuat naik foto dia menghabiskan masa dengan aktiviti berbasikal di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bayang ini memberitahu dia kerap mengayuh basikal dari rumahnya ke studio.

"Saya mengayuh dari rumah ke studio, walaupun tidak terlalu jauh tetapi keadaan jalan yang berbukit-bukit membuatkan keluar juga peluh jantan saya.



"Apatah lagi, saya sekarang pun sudah masuk usia 30 tahun... jadi perlu la menitik beratkan soal kesihatan.

"Selain dapat membantu mengeluarkan peluh, sukan basikal ini juga menyumbang dari segi stamina," ujar Akim. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 18-10-2021 11:22 AM
Elokla tu kim.. kalau ada geng mmg syok.. tp jgnlah langgar peraturan jalan raya dan buat jalan tu mcm pak kau punyer yer..
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:42 PM
Haa tengok jalan kalau nak berbasikal tu
Quote nordin84 18-10-2021 10:19 PM
da nampak gemuk sikit dia ni..xdela mcm tengkorak dulu
Quote kiah_mai_pulak 18-10-2021 10:21 PM
kefammmmmm ngat ehh
Quote BarbiePink 19-10-2021 02:45 PM
akim nihh khen
cuba ler up diri tuh sikit
heols kan retis
nihhh semedang kepam
padahal heols nih laki bini muka helok
rugi betul kepamkn diri sendiri
Quote aina_shaira 19-10-2021 05:07 PM
sampai sekarang iouls tak faham nape lah dia suka dekat stacy tu
iouls bukan lah minat dia cuma iouls rasa he deserves someone better
carilah perempuan berjenis sikit....
Quote babyshun 20-10-2021 10:33 AM
apasal muka dia rope ceng gitew
Quote Mini.Me 21-10-2021 08:43 AM
Takde gear takpelaa kimm...janji ade brek...pastu tak duk tengah2 hiway hokeyy
Quote krustykrab 21-10-2021 08:52 AM
aina_shaira replied at 19-10-2021 05:07 PM
sampai sekarang iouls tak faham nape lah dia suka dekat stacy tu
iouls bukan lah minat dia cuma ioul ...

Aku tgk elok je stacy tu, cuma yg tak menahan tu nama islam dia je la

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.107861 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top