Oleh Adib Za Kelibat makanan ini memang ditunggu-tunggu ketika Ramadan. Gerai menjualnya lazimnya memang ramai yang sanggup beratur panjang.
Itulah penangan murtabak yang sangat sinonim dengan bulan puasa. Bukan ia tak dijual pada bulan lain, namun ia semacam menarik perhatian luar biasa ketika bulan berpuasa itu. Murtabak tak perlu diperkenalkan lagi, ia merupakan kepingan roti yang digoreng pada kuali leper dan bezanya dengan roti lain ialah kerana ia memiliki inti yang sangat banyak. Inti yang terdiri daripada telur, ayam atau daging ini sangat lazat dimakan dengan kuah kari atau jeruk bawang. Menariknya, murtabak bukan sahaja terkenal di Malaysia ya. Ia yang dipercayai berasal dari Timur Tengah dan India ini boleh ditemui dengan mudah di Arab Saudi, Yaman, India, Indonesia dan Thailand.
Di Malaysia sahaja, ia boleh didapati dalam aneka rasa, jenis dan bentuk. Antaranya, murtabak ayam, daging, murtabak raja, murtabak mini, murtabak sardin, murtabak kambing, murtabak maggi dan sebagainya. Rasa yang berbeza di setiap tempat, rempah yang berlainan, pelbagai saiz dan variasi ini menambahkan lagi keunikan murtabak. Hmm.. terliur rasanya, ya. Atas permintaan ramai, murtabak juga dihidangkan di hotel-hotel dan restoran ketika bulan Ramadan. Yang mana menjadi pilihan anda? |
21
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT