CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kelebihan Taugeh Yang Tersembunyi

10-8-2015 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8508| Komen: 12

Oleh : TS Loo

Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. 

Ada juga orang yang akan campurkan taugeh sekali direbus bersama hidangan sup atau masakan goreng seperti mee, mi hoon dan kuey teow. 

Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa kelebihan taugeh. 



1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. 


Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.




2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. 

Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). 

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.




3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.




4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. 

Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.


5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.




6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.




Rujukan gambar:
http://www.trymasak.my/glossaryImage/bean-sprouts.jpg
http://kulinerbanten.page4.me/taugegoreng-banten_500_332.jpg
http://cahayacinta.com/wp-conten ... dTaugeh-300x199.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_onTfJh ... laki+dan+wanita.jpg



8

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 7-8-2015 11:01 PM
Habislah...harga taugeh pasti akan mahal nanti.
Quote starbee 1-9-2015 03:42 PM
tauge sayur murah tp khasiatnye wow....
Quote sherry70 1-9-2015 07:37 PM
selamat saya pengemar taugeh .. kalau buat mee goreng mesti nak letak taugeh banyak2
Quote twinkleboo 9-4-2019 04:10 PM
Hmmm. tauge
Quote kakanne 17-4-2019 10:02 PM
janji cara tanam taugeh pun bersihlah.jgn buat mcm bangla yg kantoi tuhari.geli weyyy
Quote mis_j_alexanda 17-5-2019 02:22 PM
Taugeh goreng dgn ikan masin, yum yum...
Quote silentreaaders7 19-5-2019 03:59 PM
nice info tt
Quote neuron.takeshi 19-5-2019 04:32 PM
Taugeh memang sedap
Quote gunong 20-5-2019 01:53 PM
Sedap tauge makan mentah2 buat ulam!
Quote Bangsata_N1 21-5-2019 01:37 PM
sedap dan berkhasiat..
Quote Apoptosis 23-5-2019 02:17 AM
Say no to toge
Quote cpnor 25-5-2019 04:42 PM
Fav..tauge goreng dgn kucai,carrot n udg..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.046015 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top