Oleh Izzah Abbasy
Jeragat atau 'freckles' dalam bahasa Inggeris adalah masalah kulit yang menyebabkan tompokan yang tidak rata. Biasanya, jika tiada masalah jerawat, masalah jeragat ini akan menyerang sesetengah individu seperti selebriti luar negara. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit. Jeragat boleh menyerang kulit apabila kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari. Masalah keturunan juga penyebab ia menyerang kulit anda. Jom, ikuti tips semulajadi untuk menghilangkan jeragat. 1. Lemon Sapukan lemon pada kulit yang terjejas. Urut perlahan-lahan dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu. 2. Yogurt Bagi kulit yang sensitif, yogurt atau krim masam ini dapat membantu. Sapukan sedikit sahaja dan biarkan kering seketika. Bilas kulit anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari. 3. Bawang Potong atau hiris bawang dengan kepingan tebal. Sapu perlahan-lahan pada kulit. Lakukan dua kali sehari sehingga jeragat pudar dan hilang. 4. Kulit Pisang Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. Amalkan setiap hari. 5. Putih telur Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih. Amalkan berterusan. Barulah dapat kesan yang menakjubkan. Nak kulit cantik, perlulah ada kesabaran yang tinggi. Selamat mencuba. - CARI Infonet
|
23
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ina_na posted on 14-12-2012 05:53 PM
aku dl tak concern sgt bab2 jeragat kat tgn aku nie...ye la kan kat tgn kan mn nak perasan sgt...tp ...
ina_na posted on 15-12-2012 09:00 AM
bkn ke jeragat terjadi coz salah satunye banyak terdedah gan cahaya matahari tanpa pakai sunblock n ...
Fieza87 posted on 19-12-2012 11:57 AM
TUMPANG IKLAN / PROMOSI
salam & salam sejahtera....jika berminat utk membeli antara produk2 berikut ...
ADVERTISEMENT