Oleh : Dean BZ Sumber gambar : astroawani Disaat banyak kontroversi melanda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini, Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid tetap menegaskan beliau akan berjuang bersama presiden partinya sehingga ke nafas terakhir. Memetik laporan astroawani, Datuk Rizuan berkata terlalu banyak jasa diberikan oleh Najib untuk negara ini terutama dengan melakukan pembaharuan yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini. "Gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia, pelbagai jenama 1Malaysia... semuanya untuk bantu orang miskin tidak kira di kampung atau bandar," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di Hotel Hilton, KL Sentral pada Ahad. "Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak," katanya. Walaupun banyak desakan yang meminta Najib meletakkan jawatan, namun ketika ini tiada siapa yang layak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sokongan yang diberikan kepada Najib kerana beliau masih mempunyai otak yang kuat dan hebat, katanya lagi. "Kenapalah anda semua mahu fikir untuk buang dia? Nak suruh dia berhenti? Adakah ada orang lain yang layak selain daripada Najib? Beritahu saya, ada ke? Zahid Hamidi pun kata beliau tidak bersedia lagi," tambahnya.. - CARI Infonet. Sumber : astroawani
|
4
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak.”
protonpersona replied at 23-8-2015 01:40 PM
sebelum mati baik pergi sembah berhala dulu...mana tahu mati masuk syurga
Lina66 replied at 24-8-2015 08:52 AM
Astaghfirullahalazim....
kambeng_masam replied at 24-8-2015 08:56 AM
Mohon Uncle AN boleh mencontohi sikap umno tegar sebegini. Jangan pula nanti bila PM sudah jadi mant ...
ADVERTISEMENT