CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lotus Birth Tiru Amalan Hindu?

18-9-2015 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12296| Komen: 29|Original author: CARI-IIN

Oleh Izzah Abbasy

Klik sini untuk portal CARI Infonet Kolum Fokus @CARI  http://bit.ly/1iBgRqU

Lotus Birth adalah amalan tidak memotong tali pusat bayi selepas ibu bersalin di mana uri dan tali pusat disimpan sehingga tanggal sendiri daripada pusat bayi.





Menjadi viral apabila seorang ibu di laman Facebook miliknya yang telah memuat naik gambar beliau yang melakukan amalan ini ke atas anaknya.




Mengikut pandangan penulis, kaedah ini telah lama diamalkan oleh segelintir masyarakat luar negara sekitar tahun 1970an di Amerika Syarikat. Ia seterusnya dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yang menamakannya sebagai 'lotus birth' dgn menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yang mempunyai pengertian tertentu dengan kelahiran bayi. Namun, ia masih hijau di negara kita.



Cara ini juga telah dipopularkan oleh Mary Ceallaigh, seorang bidan dan pengamal yoga dari Austin, Texas, Amerika Syarikat dan Dr Sarah J Buckley, penulis bestselling book “Gentle Birth, Gentle Mothering: A Doctor’s Guide to Natural Childbirth and Gentle Early Parenting Choices”.

Asal-usul

Lotus Birth mengikut amalan yoga hindu, dengan inject syntometrin di peha ibu selepas bayi keluar untuk paksa uri keluar.

Tujuan

Tujuan Lotus Birth adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dengan mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi di samping mempercepatkan penyembuhan dan mencantikkan pembentukan pusat. Ia juga dikatakan meningkatkan imuniti bayi.

Pandangan Pakar dan Ahli Ulamak

Disebabkan banyak pertikaian berlaku, seorang sahabat cuba merujuk kepada seorang pensyarah Unisza Ustazah Siti Fatimah Salleh. Berikut adalah ulasan beliau berkenaan hukum Lotus Birth :

Mengambilkira kaedah fiqh:
العبرة في المعاني لا للالفاظ والمباني

Maksudnya, sesuatu perkara atau urusan mestilah berpandukan kepada makna atau maksud dalam sesuatu urusan bukan pada lafaz dan binaan.

Jika kita tengok pada lafaznya maka kita akan kata perlakuan itu adalah Lotus Birth jadi sekiranya tiada bersangkut dengan amalan pengamal yoga, maka elok juga nama perlakuan ini ditukar kepada yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Mengikut pandangan Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

"Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah".

"Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih-bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,”

Amalan ini bukanlah merujuk kepada agama atau sesuatu budaya. Ia harus dilihat atas keberkesanannya agar tidak mengundang perkara yang tidak diingini kelak.

Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Tiada doa khusus semasa menanam uri mahupun tali pusat ini, Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. - CARI Infonet

17

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
26

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 18-9-2015 03:24 PM
dah ada dah semalam....

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=896489
Quote wwwvvvwww 18-9-2015 03:42 PM
crestfall887 replied at 18-9-2015 03:36 PM
Foto Bugil Agnes Monica Kembali Beredar

Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

Foto bugil lain punya tak ada ka ?
Quote ladybird_ 18-9-2015 03:51 PM
makton replied at 18-9-2015 03:24 PM
dah ada dah semalam....

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=896489

Klik sini http://bit.ly/1iBgRqU
Quote ell768 18-9-2015 03:57 PM
wwwvvvwww replied at 18-9-2015 03:42 PM
Foto bugil lain punya tak ada ka ?

hahhahaha adehhh...lawak betul..
Quote -electrifying- 18-9-2015 04:12 PM
mcm plik je...
Quote krustykrab 18-9-2015 05:17 PM
crestfall887 replied at 18-9-2015 03:36 PM
Foto Bugil Agnes Monica Kembali Beredar

Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

foto bogel tt sendiri tak de ke?
Quote krustykrab 18-9-2015 05:18 PM
reporter cari ni tak leh ke cari topik lain utk buat berita terkini?

asik sama je dgn topik forumer
Quote CARI-IIN 18-9-2015 05:29 PM
krustykrab replied at 18-9-2015 05:18 PM
reporter cari ni tak leh ke cari topik lain utk buat berita terkini?

asik sama je dgn topik forum ...

Klik sini http://bit.ly/1iU6Pko
(portal page)

Quote Jerambut 19-9-2015 06:11 AM
''Lotus Birth mengikut amalan yoga hindu, dengan inject syntometrin di peha ibu selepas bayi keluar untuk paksa uri keluar."

Lawak pulak tengok perkataan 'yoga hindu' tu macam sungguh2 nak nak stress ianya dari Hindu...hoho
tapi bila dah paired macam tu, maka berbunyi macam amalan kuno lah ia.
Tapi ada 'inject syntometrin' pulak.
Ke hindu kuno pengamal yoga zaman dulu main injection jugak...?
Pergh kuno modern gitu.
Hohoho
Quote clarizsa 20-9-2015 12:08 AM
Hoih.. haha.. okla xpe.. hmmm
Quote atai 20-9-2015 12:12 AM
Xpe..melayu dan budaya hindu masih banyak diamalkan..
Quote mbhcsf 20-9-2015 12:14 AM
good thread dan bagus persoalannya

inilah trend  yg i pun tak faham apa asas pengetahuan mak bapak depa ni yg tergila gilakan trend.

lotus birth lah , baby shower lah , tu yg jenis natural birt lah all sorts of nonsense and rubbish stuffs.

i would say go for appropriate procedure.

lagipun uri atau placenta tu , bilamana proses kelahiran dah lengkap  dan dipastikan selamat ( tak ada sisa sisa tinggalan product of conception) lagi dah - in UK that is considered a clinical waste.
lagi satu kan tak hygienic lah, pereputan etc.

tak payahlah overdo bebenda mengarut ni.

dan i letih tengok my anaesth friend dok tegur benda ni sebab mamang kat FB umum dok perkatakan.


i takut jgn ibu ibu yg gigih dok ada placenta praevia dok nak sangat menatang ni - ni soal nyawa ni!!!
Quote mbhcsf 20-9-2015 12:18 AM
by the way

okay  i tak faham satu ni ?

UNTUK ELAKKAN KESAKitAn pada bayi ....maka tali pusat tak dipotong???

okay let us think  logically sikit

tali pusat tu / umbilical cord - terdiri daripada umbilical vein and artery

mana ada nerve ??? cer check balik buku anatomy hampa

so i tak dapat  pikiaq tang mana  yg ' baby tu sakit'

sila bagi pencerahan

tapi..kat tempat lekapan uri/ placenta kat dinding  uterus tu yes...dalam uterine cavity tu...memang certain moms / ? most moms?  kata sakit sikit .... my mom kata sakit ....

i dunno - ye ke?
Quote mbhcsf 20-9-2015 12:21 AM
boleh buat kajian tak tempoh masa jaundice  baby yg ikut procedure ni lama ke tak?
HbFoetal ....kan ???  sebab sel darah merah dalam baby ialah  HbF...yg high affinity oxygen so i wonder kalau saki baki darah dalam umbilical artery tu dok kat situ ia akan contribute ke pada jaundice ( physiological ?? type )

ade ke perkaitan ??? i dunno , just my question je.

ni i just tertanya je - ada logik ke tak?
Quote dani-rox 20-9-2015 12:33 AM
yg makan placenta sendirik dlm bentuk pil tu budaya apa pulak
Quote famri7 20-9-2015 01:05 AM
dani-rox replied at 19-9-2015 04:33 PM
yg makan placenta sendirik dlm bentuk pil tu budaya apa pulak

Kan sis...dkt iklan beautician pondan lgbtq gigeh duk promote human placenta injection..mcm wtf sngt kan..tapi berbondong2 ummah inject jah...kalau betul human sources,mampus lah kau menjawab di mahsyar kelak..

Dari segi sains cucuk2 sumber luar bleh inflamasi..ntah2 set2 pondan lgbtq ni gebeng jah ummah bodoh.
Quote Acong 20-9-2015 01:15 AM
@admin6   apasal wartawan cari dok buka thread yg dah ada  
Quote dani-rox 20-9-2015 01:24 AM
famri7 replied at 20-9-2015 01:05 AM
Kan sis...dkt iklan beautician pondan lgbtq gigeh duk promote human placenta injection..mcm wtf sn ...

zaman internet ni ramai jd doktor/saintis tak bertauliah sis...trend menelan pil dan injek human placenta ni secara teknikal cannibalism kot.
entah2 pakai placenta hewan... lg haru placenta babi mcm yg tengah popular kat jepun nun...
Quote Madel 20-9-2015 01:42 AM
Mcm skeri je letak selambak uri cam gitu
Tak takut antu penanggal pontianak dtg melahap ke..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062480 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top