CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kota Peninggalan Kaum Tsamud

4-7-2013 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13141| Komen: 28

                                                                                                                         Kota Peninggalan Kaum Tsamud



Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini


Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.

Surah al-A’raaf ayat 74

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antaraMadinah dan Syria.



Lokasi kota tsamud (Mada'in Salih)


Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul

Surah al-Hijr ayat 81


Mukjizat Nabi Saleh

Seorang nabi telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.

Surah al-Israa ayat 59


Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.

Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.”

(surah al-A’raaf: 75-79)


Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.

Surah as-Fushsilat ayat 17


Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu

Surah at-Thalaq ayat 10




Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.




Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan




Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.




Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.




Sebuah bangunan yang dipahat daripada gunung.




Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.




Sebuah pintu diukir pada gunung.




Lihatlah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.




Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.




Sebuah gunung ditebuk.




Kecantikan dan kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.




Deretan gunung ditebuk untuk dijadikan bangunan.




Kehebatan mereka sangat mengagumkan.




Gerbang kota Petra.




Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.




Makam nabi Saleh as.




Kota ini pernah didiami dan manjadi bukti azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.




Ukiran timbul sebuah patung.




Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizsrose 2-7-2013 12:42 PM
nice info....
Quote merahbaiduri 2-7-2013 02:01 PM
Terima kasih TT ... Good info
Quote encikotot 2-7-2013 02:39 PM
halus seni dia..
Quote uniq61 2-7-2013 02:41 PM
TOOLS APA MEREKA GUNA?? MISTERI KAN??
Quote mizkajura 4-7-2013 02:22 PM
dibinasakan oleh Allah jua krn mensyirikkanNYA
Quote kaki_palsu 4-7-2013 03:59 PM
subhanallah.. allahuakhbar..
Quote KimoraHakim 4-7-2013 09:05 PM
maju nya peradaban mereka ini....kalau zaman sekarang nak pahat macam tu memerlukan masa, tenaga dan kecerdikan yang tinggi...tapi..tu la...mereka ingkar arahan nabi mereka...wallahualam
Quote ayahlang 5-7-2013 07:55 AM
Mungkin asal perkataan serangga semut datang dari perkataan Tsamud sebab semut adalah serangga yang membina tempat tinggal dengan cara mengorek tanah atau kayu.
Quote Eye_Opener 5-7-2013 08:38 AM
Terkedu menyusuri perkongsian ini.
Banyak persoalan dlm kepala.
Will history repeat itself? Ciivilsation, destruction...
Quote SchulzCube 5-7-2013 10:20 AM
Nak tahu apa yang ada dalam bangunan tersebut... Nak memahat untuk di jadikan tempat tinggal memang memakan masa yang lama untuk siap...
Quote manganini 5-7-2013 10:37 AM
subhanallah... pandainya diorang ni..
teringin nak tengok interiornya macam mana.. takde gambar ke?
Quote vionna007 5-7-2013 02:35 PM
....MENARIK...
Quote stryder_cats 5-7-2013 03:12 PM
kalu tgk makam nabi salleh bertapa tinggi nya orang zaman tu
Quote nobito 5-7-2013 08:36 PM
Pakai pahat batu...boleh la buat...
Quote flapjack 6-7-2013 12:56 AM
info menarik...
besau nye saiz kaum Tsamud ni...tgk pada bangunan pun da tahu.
Quote PITTSBURGH 9-7-2013 06:47 PM
MENARIK .. SYABAS TITI..MUAHHH
LOVE TIS TRED
TERUJA SESANGAT
Quote Neraka Bulan 9-7-2013 07:03 PM
stryder_cats posted on 5-7-2013 03:12 PM
kalu tgk makam nabi salleh bertapa tinggi nya orang zaman tu

Takde tinggi mana dengan orang sekarang ini. Lebih kurang sahaja.

Sebab mengapa sesetengah kubur/makam adalah panjang adalah kerana status seseorang itu dalam masyarakat. Jadi apabila seseorang yang dihormati meninggal dunia, masyarakat setempat zaman dahulu sengaja memanjang kubur atau makam sebagai simbol penghormatan kepada si mati.
Quote sekngucing 9-7-2013 07:20 PM
apa beza dgn zaman sekarang? ada klcc, kl tower, memang hebat
tp umat sekarang dah semakin melupakan ajaran muhamad
Quote tobby 9-7-2013 08:45 PM
good info.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073846 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top