CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali 10 Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

3-12-2015 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25574| Komen: 14



Oleh : Dean BZ

Sumber foto : buletinonline.net


Minum dan makan terlalu manis, makan banyak tanpa kawalan dan faktor keturunan merupakan penyebab utama Kencing Manis.

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia. Ini terbukti melalui statistik yang menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.

Salah satu ujian mudah bagi mengesan pengidap kencing manis pada peringkat awal adalah dengan mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut atau tidak.

Ini adalah 10 tanda-tanda untuk mengenalpasti simptom-simptom kencing manis pada peringkat awal, seperti yang dipetik dari www.malaysiatercinta.com :

Sumber foto : gejalakencingmanis.com



1- Paras gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

2- Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3- Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4- Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh. Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.



5- Luka lambat sembuh
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

6- Keletihan dan cepat marah
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

7- Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8- Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9- Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10- Kulit merengsa
Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.


Adakah tanda-tanda diatas ada pada anda? Jika ada, sila dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari doktor di klinik berhampiran. Hidup sihat, otak cergas! - CARI Infonet.




17

Bagus
13

Marah
23

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kekkeladi 3-12-2015 04:03 PM
Nk try curah kt tanah..tgok semut hurung ke x..
Quote onnabila 3-12-2015 08:21 PM
member sepejabat saya pula....dia pelik apasal kat tandas banyak semut. Mula mula dia tak tahu yang dia ada kencing manis. Esoknya, kat tandas ada lagi semut...bila dia buat ujian darah, punyalah dia terkejut bila dapat tahu kandungan gula dalam darah dia amat tinggi. Sekarang ni, dia terpaksa bergantung kepada insulin. Makan buah pun ada limit rupanya pengidap kencing manis ni
Quote zafira 7-12-2015 03:04 PM
very good info TT... tq very much... saya kerap kencing malam tapi tak ada diabetes.... mungkin sebab banyak minum sebelum tidur kot...
Quote titaniumspine 9-12-2015 09:56 AM
info yang bagus...terima kasih TT
Quote cikputih15 28-12-2015 12:02 PM
dah lama x check paras gula. teh tarik hari2
Quote shujikun 3-1-2016 12:09 PM
insulin tu macam mana ya? kena inject ka?
Quote iznanaziz 5-1-2016 10:28 AM
onnabila replied at 3-12-2015 08:21 PM
member sepejabat saya pula....dia pelik apasal kat tandas banyak semut. Mula mula dia tak tahu yang  ...

apa kaitan buah dengan kencing manis ni ya?
adakah buah2 ni terlalu manis?
Quote shernazz 6-1-2016 12:32 AM
iznanaziz replied at 5-1-2016 10:28 AM
apa kaitan buah dengan kencing manis ni ya?
adakah buah2 ni terlalu manis?

yup..gula dlm buaj tu
kawan saya diabetis
dia xblh mkn durian n mangga
lain lain moderate
Quote iznanaziz 6-1-2016 01:56 PM
shernazz replied at 6-1-2016 12:32 AM
yup..gula dlm buaj tu
kawan saya diabetis
dia xblh mkn durian n mangga

cik abg kita suka sgt makan durian loh...
Quote shernazz 6-1-2016 01:57 PM
iznanaziz replied at 6-1-2016 01:56 PM
cik abg kita suka sgt makan durian loh...

soh dia makan durian crepe
heheh
Quote iznanaziz 7-1-2016 09:44 AM
shernazz replied at 6-1-2016 01:57 PM
soh dia makan durian crepe
heheh

Diana,

durian crepe tak manis sgt ke?
Quote shernazz 7-1-2016 12:25 PM
iznanaziz replied at 7-1-2016 09:44 AM
Diana,

durian crepe tak manis sgt ke?

still ada durian..hehe
kalau ada yang buat..krim.dia x manis langsung...balance dengan durian.tu..

iols suka durian crepe di the gardens...legend sangat....
since 2007 sis
Quote juecy 14-1-2016 10:08 AM
Sebahagian tanda2 ni cam saya ada alami, cam kebas2 tgn (tapi x selalu) & kencing diwaktu malam (cuma x kerap melainkan nak period).

Seelok2nya buat medical check up. tapi resultnya nnt buat kita risau pulak kan... hemmmm
Quote mie07 18-1-2016 03:13 PM
Takut pula bila baca...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.056364 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top