KUALA TERENGGANU – Lebih 400 pelanggan sanggup beratur panjang seawal pukul 6 pagi semata-mata untuk mendapat ikan siakap yang dijual pada harga murah 90 sen seekor di Kampung Kuala Ibai di sini hari ini.
Tawaran 1,000 ikan siakap pada harga murah tersebut habis licin dibeli dalam tempoh kurang 40 minit sebaik premis menjual hasil laut yang baru beroperasi berkenaan dibuka pada pukul 8 pagi. Sauffian Sauji, 36, berkata, harga istimewa itu sempena pembukaan cawangan terbaharu dan keempat kedai, Ikang Flyover diusahakannya. “Saya sediakan 6,000 kilogram (kg) ikan siakap hari ini dengan 1,000 ekor pertama dijual pada harga istimewa, 90 sen. “Setiap pelanggan hanya dihadkan untuk membeli maksimum enam ekor bagi ikan siakap harga istimewa itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kedai Ikang Flyover, Kuala Ibai di sini hari ini. Sauffian berkata, baki ikan siakap yang tinggal pula dijual pada harga RM10 untuk tiga ekor atau RM4 atau RM6 seekor mengikut saiz.
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT