Pagi ini, prosiding kes di antara Mizz Nina dan bekas suami, Noh Salleh berhubung hak penjagaan anak angkat, Musa menjadi tular di media sosial. Mizz Nina dilihat hadir bersama suami, Essam Abdullah manakala Noh tidak ditemani sesiapa namun soal jawab di antara kedua-dua pihak dan wartawan telah mendapat perhatian peminat industri hiburan. Temu bual Mizz Nina dan suami dilihat membicarakan tentang situasi di mana anak angkatnya didakwa diculik serta kesan daripada insiden itu manakala Noh pula banyak mengulas tentang tindakan bekas isterinya. Terkejut dengan tindakan bekas isterinya, Noh sendiri tidak faham mengapa Mizz Nina menarik semula dakwaan bahawa Musa telah diculik. Malah katanya, dia sendiri sudah menyediakan bahan-bahan bukti untuk ditunjukkan di mahkamah namun ia tidak berlaku memandangkan kes tersebut ditarik semula.
"Apa yang Nina takut sangat dengan bukti yang kitorang ada? Kalau saya keluarkan, masak dorang.” Noh juga mendakwa Mizz Nina dari awal penceraian mereka sudah mengajar Musa dan memintanya untuk tidak membahasakan dirinya sebagai bapa. "Sebelum dia kahwin dengan mamat tu, dia dah tak bagi Musa panggil saya bapak. Dia dah cuba putuskan Musa (dengan saya)". Noh turut berkata dia tidak menculik Musa sebaliknya hanya ‘menyelamatkan’ kanak-kanak berkenaan daripada ibu angkatnya itu. Jelas Noh, ketika selama tiga minggu Musa bersamanya kanak-kanak itu sangat gembira dan tidak menunjukkan tanda-tanda trauma. "Saya tak pernah tengok muka Musa happy macam tu waktu dengan (penjagaan) dia (Mizz Nina). Mana pergi trauma dia? Saya ada bukti video…" "Trauma memang trauma. Kau (Mizz Nina) tak pernah jaga dia. Tinggal tinggal dia, pergi dating dekat US. Yang jaga (Musa), bibik. So, yang trauma tu dekat bawah jagaan dia". SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
fido_dido replied at 7-2-2024 01:30 PM
yg sebenornya si hujan kepam ni masih xmove on..menyesal mungkin sebab dah terlepas harta beribu2 le ...
Manusiabesa replied at 7-2-2024 01:38 PM
Hek elleh nh ni. Mmg looser, egois, narcissistic much.
Dia yg abandoned musa. Dia yg culik musa. Dia ...
emera replied at 7-2-2024 02:00 PM
Bini nh skrg patut dah berkira2 utk mintak cerai. Kata laa ditakdirkan diorg dpt anak & lps tu nh bu ...
annehuda replied at 7-2-2024 01:59 PM
MN tu kalau anak billionaire bleh je kot upah nanny travel skali dgn dia. ni ko tinggalkan kt Malays ...
seripahzeripah replied at 7-2-2024 01:50 PM
Jgn lupa musa time masa mn ambik tu diarrhoea n cirit birit erti kata lainnya..apa bnda disuapkan ...
ADVERTISEMENT