Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimch mendapat kecaman ramai dan dituduh memasuki sebuah gereja apabila memuat naik sebuah video mengenai keindahan seni bina campuran Islam dan Sepanyol di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Berikutan daripada itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, berkata, bangunan tersebut sememangnya kelihatan seakan-akan gereja namun ia sebenarnya merupakan sebuah institut ilmu tamadun Islam yang terletak di belakang Masjid Zabedah, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. "Nampak macam gerejakan? Tempat ini ialah Islamic Study Hall dekat Bukit tunku di belakang Masjid Zabedah. Set up tempat ini nampak macam meragukan tapi bila sudah sampai ia lebih kepada Islamik. Memang nampak ada unsur seni bina Sepanyol dan Islamik, setiap ruang dinding dan pintu masuk boleh nampak unsur berkenaan".
Menjengah di ruangan komen, seorang individu dilihat tampil memberi penjelasan dan membuka minda masyarakat mengenai tempat tersebut. Ujar individu tersebut, tempat yang dikunjungi Ryzal itu merupakan institut ilmu terkemuka di negara Malaysia.
|
bottombikini replied at 14-2-2024 09:43 PM
eh laki si korea ni tak layak mencemar duli board gossip yach
humban dia ke thread influencer sana.. ...
flipolivio replied at 14-2-2024 10:02 PM
Theyols laki bini dah jadi artis kan sekarang? Mcm pernah nampak dalam tv..
imanjannah replied at 14-2-2024 07:44 PM
retis kah?????
ADVERTISEMENT