Dunia seni hiburan khususnya bidang lakonan dan komedi mempunyai peranan penting dalam memberikan kebahagiaan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat situasi para pelawak bertembung dengan sempadan moral dan etika. Baru-baru ini, pelawak terkenal pada era 90an, Jaafar Onn memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam dunia seni hiburan bahawa tidak membuat jenaka untuk mengguris hati orang lain. “Kebanyakan pelawak baharu tak sama macam dulu. Sekarang ni, kutuk orang jer, maki orang, hina orang. Saya nak pesan, kalau melawak janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Kita buat lawak kena guna otak dan penuh adab ketika berkata-kata. Jangan bahan orang atas pentas sebab ia boleh mengguriskan hati sesetengah pihak” Jaafar Onn yang terkenal menerusi sitkom Cili Padi ini menekankan kepentingan bergurau dengan bijak. Walaupun artis kemedi mempunyai kebebasan kreatif untuk meluahkan idea mereka, mereka tetap perlu ingat bahawa melawak tidak boleh memudaratkan atau menyakiti perasaan orang lain. Amaran ini adalah selaras dengan semangat mewujudkan persekitaran hiburan yang positif dan menyokong. ” Kalau nak melawak untuk membahan orang pun kena ada caranya. Penggunaan bahasa itu penting dalam menjaga adab, tidak dengan mengutuk ‘direct'”- katanya kepada MURAI MY Jaafar ditemui semasa Majlis Pelancaran dan Perkenalan duta jenama makanan AHAD oleh Nozoly Food Industry, yang diadakan di Senawan, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jenama AHAD ialah syarikat Ready To Eat terbaru yang memfokuskan kepada produk berkualiti tinggi dan halal. Mereka juga fokus pada produk yang sesuai untuk sesiapa yang sering mengembara ke luar negara, mencari produk segar yang tiada MSG, boleh dimakan on the spot. Menurut Jaafar, selepas 50 tahun dia tidak menjadi mana-mana duta produk makanan, kali ini dia menerima tawaran dari AHAD dengan hati terbuka.
|
annadonna replied at 14-2-2024 10:30 PM
Mmg pun. Pasal tu aku menyampah. Zizan, johan, jepp semua tu. Mengutuk org sedangkan rupa sendiri mc ...
ezacbee replied at 15-2-2024 09:58 AM
Paling ingat si zizan n johan kutuk jah depan2 meletop.. fesyen pakai jubah arab ngan pouch bag pi ...
GegarVaganja replied at 15-2-2024 12:33 PM
Walaupun Ganja tak suka lawak2 sebegitu,tapi Jah kena hanjeng tu puas hati.
Boleh tak gitu? Nampak ...
ezacbee replied at 15-2-2024 01:09 PM
Tapi memang kena kann.. memang huduh pun pakai camtu.
ADVERTISEMENT