CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Badan Cantik, Amal 5 Makanan Ini

9-12-2015 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6304| Komen: 3

Oleh Izzah Abbasy

Mengeluh apabila badan dah semakin naik, gemuk dan membesar. Namun, malas nak amalkan diet. Jadi, bagaimana nak badan cantik?



Amalan makanan yang betul boleh membuatkan badan anda cantik sebenarnya. Tetapi, jika malas sangat nak berpantang sana sini atau makan makanan yang tertentu sahaja, anda amalkan makan 5 jenis makanan ini. 

1. Agar-agar

Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh.

2. Jus buah-buahan

Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya.

3. Brokoli

Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda.



4. Teh

Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau.  Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari.

5. Yogurt

Apabila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. - CARI Infonet

Info : Mingguan Wanita

14

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
2

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote devilito2 7-3-2016 09:35 AM
sedap2  makanan ni... bleh la try
Quote tembamgirl09 8-3-2016 05:20 PM
agar2 tu lengkong tu ke @Nusantara77  ?
Quote Gigirl769 11-3-2016 04:47 PM
betul ke..nak try lah..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.218469 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top