CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terkejut Nama Dalam Senarai Amaran Suruhanjaya Sekuriti, Suami Heliza Helmi Pertahan Syarikat… “Saya Tak Buat Perkara Haram”

28-2-2024 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18696| Komen: 126



Suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman kembali menjadi tumpuan setelah namanya tersenarai dalam senarai amaran pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini.

Malah, dakwaan itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan diperkatakan ramai pihak.

Ditemui media, Mahadi memaklumkan dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana tidak menerima sebarang makluman atau surat daripada pihak berkenaan.

"Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?

"Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram."

Jelas usahawan itu, dakwaan tersebut boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya apatah lagi bila sudah menjadi tular di media sosial.


Mahadi juga sudah menghubungi pihak polsi bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu namun sehingga kini tiada laporan dibuat terhadap dirinya.



“Saya sudah berhubung dengan pihak polis tapi mereka kata tiada apa laporan dibuat terhadap saaya. Tapi pihak SC masukkan nama saya dalam sistem saya pun pelik tentang perkara itu. Agak serabut tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin.” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeowPARSI 28-2-2024 11:32 AM
rrrrr awal sgt ni
Quote sarah_ary2 28-2-2024 11:36 AM
Penggunaan the word saya rasa tue maknanya dia pun x confident sgt pasal business dia
Quote sarah_ary2 28-2-2024 11:36 AM
Penggunaan the word saya rasa tue maknanya dia pun x confident sgt pasal business dia
Quote vanillaninja 28-2-2024 11:37 AM
Allahu. Heols lahir tahun 83? Tak jauh beza dengan I tapi kenapa heols nampak begitu kertu sekali?

Anyway. I wonder kalau heols makan laksa ke mee kari ke tak masuk ke janggut rebonding tu dalam bowl?
Quote I.K.A888990 28-2-2024 11:54 AM
ya ampun 1 je la nk ckp..menakutkan betul la muka dia ni..
Quote winky1 28-2-2024 12:07 PM
I.K.A888990 replied at 28-2-2024 11:54 AM
ya ampun 1 je la nk ckp..menakutkan betul la muka dia ni..

Sebab tu Heliza yg kahwin dgn dia. Org lain tak berani nye.... hahaha
Quote I.K.A888990 28-2-2024 12:09 PM
winky1 replied at 28-2-2024 12:07 PM
Sebab tu Heliza yg kahwin dgn dia. Org lain tak berani nye.... hahaha

haha betul jgk tu kan
seriau pulak nk berimaginasi tiberrrrr
Quote sayurmayur88 28-2-2024 12:15 PM
hahahaha..???
Quote orangbiasaje 28-2-2024 12:19 PM
maybe mmg taste heli...seblim ni yg muka jambu shave licin usha semua rejek...cm cousin sis, dia suka laki dia berbuku dada, cm Tom Selleck katanya ...sis tgk lak rasa nk muntah
Quote mizruncing 28-2-2024 12:24 PM
habis tu list tu suka2 je ke nak kata org tu org ni scammer
Quote cmf_premierleag 28-2-2024 12:36 PM
Akak lg trust Securities Commission drpd kata2 si lijah dan somi janggut rebonding nih
Pihak berkuasa lagi tahu dan lg arif psl bab2 pelaburan ni
Pengikut penjilat lijah sume bleh gi mamposss
Quote JunkMail 28-2-2024 12:41 PM
Aku rasa kalau dia berjambang normal takyah rebonding...muka lebih siap. Ni tengok jambang dah tau scammer
Quote Piramida 28-2-2024 01:15 PM
Dah tu kenapa masuk dlm list?
Quote cik_ingeniare 28-2-2024 01:25 PM
habis tu takkkan saja saja nama kau masuk dalam list
Quote princessmiang 28-2-2024 01:26 PM
Ingat x buat kerja ke senang2 nak senaraikan scammer sesuka hati
Quote ayukpingu 28-2-2024 02:06 PM
sejak dia nikah ngan mata ikan buntal ni ramai yg speku dia ni mmg scammer. bff pulak dgn Dato cina sorang yang memang ada sejarah scam duit org.
aku masih ingat lagi, ramai backup dia ni. sekrg timbul balik kisah nya...kali ini lebih solid dan prudent eh info nya dr SC
Quote linb 28-2-2024 02:12 PM
Edited by linb at 28-2-2024 02:15 PM

Dari sotkabar: https://www.hmetro.com.my/utama/2024/02/1064759/mahadi-bz-dalam-senarai-amaran-suruhanjaya-sekuriti-pelaburan-tidak-sah

Suami kepada selebriti Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman dimasukkan dalam senarai amaran pelaburan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Berdasarkan laman web Investor Alert List mendapati nama ahli perniagaan terbabit dan syarikatnya AUF MBZ Consortium Plt berada dalam senarai teratas.

Laman itu mengemas kini senarai aktiviti pelaburan secara tidak sah sama ada melalui entiti mahupun individu.

Menurut kenyataan di senarai itu, individu dan syarikat milik Mahadi menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti berhubung dengan pemasaran saham Syarikat Awam Tidak Tersenarai.

Menjalankan aktiviti tidak berlesen weiii. Berani nye la public nak 'invest' dengan syarikat syarikat yang macam ni
Quote marchikobonzo 28-2-2024 02:25 PM
Hehe..ternyata PW tak pernah salah
Quote Mamason 28-2-2024 02:28 PM
Tetaap yg kaya makin kaya... tanda akhir zaman.

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.117606 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top