CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tunku Mahkota Johor Bimbang Kepincangan Politik & Pendidikan Negara!

13-12-2015 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5975| Komen: 7

Oleh : TS LOO


Berdepan suasana politik negara pada masa kini yang boleh dikatakan agak tidak stabil, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sekali lagi meluahkan kerisauan.



Dengan penuh keprihatinan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa hanya melalui pendidikan, baru mampu mengubah keadaan yang berlaku sekarang menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger.




Tunku Ismail dalam statusnya turut menyuarakan kebimbangan terhadap tahap pendidikan negara dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.


" Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik. Kepada rakyat Johor sekalian, terutama sekali kepada anak-anak muda, saya menyeru supaya anda rebulah apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidkan kerana ilmu adalah kuasa dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju."



" Saya tidak dapat menafikan bahawa saya berasa risau dengan ketidakstabilan politik yang melanda kini. Dengan kepincangan politikyang berlarutan negara ini, apa yang boleh menngubah nasib kita bukan lah dengan pemberontakan atau demonstrasi jalanan tetapi ianya terletak pada pendidikan."



TegasTunku Mahkota,  hanya dengan adanya ilmu seseorang itu barulah dikatakan memiliki kelengkapan diri yang terbaik. " JIka seseorang itu menerima pendidikan yang mencukupi, barulah dapat membawa negara kita ka arah yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa depan."


Dalam status turut mengatakan terdapat segelintir ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab serta mengutamakan populariti seperti selebriti. 


"Sebagai wakil rakyat dan menteri, haruslah ikhlas meletakkan kepntingan rakyat sebagai keutamaan dan bukannya mengutamakan akaun bank peribadi mahupun projek yang dilobi"


"Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita."


Pada hujung status yang dimuatnaik itu, Tunku Ismail mengatakan biarpun dia menyedari ada pihak mahukan dirinya dan keluarganya tidak bersuara, tetapi bagi Tunku, pihak-pihak terbabit tidak faham,  teguran daripada keluarga Kerabat Diraja Johor termasuk dirinya bukanlah hendak bertujuan serangan peribadi mana-mana pihak sebaliknya bersuara demi kepentingan rakyat dan negara. - CARI Infonet

14

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _______ 16-12-2015 02:22 PM
Bimbangkan rakyat johor kena catu air saja la
Quote tipuware 16-12-2015 02:35 PM
tetiba berminat nak tau pendidikan TMJ dan CPK.. permaisuri johor lepasan Oxford kan?
Quote HannahMontana 16-12-2015 07:48 PM
tipuware replied at 16-12-2015 02:35 PM
tetiba berminat nak tau pendidikan TMJ dan CPK.. permaisuri johor lepasan Oxford kan?

ye ye


bakal....



Quote tagas 16-12-2015 10:40 PM
Sembang gebang
Quote tipuware 17-12-2015 02:05 PM

permaisuri johor skrang la, bonda TMJ. bukan CPK. CPK tu aku rasa SPM aje kot..
Quote HannahMontana 17-12-2015 08:43 PM
tipuware replied at 17-12-2015 02:05 PM
permaisuri johor skrang la, bonda TMJ. bukan CPK. CPK tu aku rasa SPM aje kot..

lulusan oxford London
Quote sriwanis 20-12-2015 03:15 AM
Tmj punya edukesyen sampai mana......?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052241 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top