Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini dikhabarkan telah menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya. Netanyahu yang berusia 74 tahun disahkan menghidap hernia semasa pemeriksaan rutin pada hari Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan pada Ahad baru-baru ini. Bagaimanapun, perkhabaran penyakit yang dialami Benjamin Netanyahu ini telah menjadi khabar baik buat seluruh warganet yang rata-rata menolak sekeras-kerasnya tindakan zionis laknaktullah yang tidak henti membedil penduduk Palestin. Bahkan, ramai yang “mendoakan” tahap kesihatan ketua rejim zionis ini bertambah parah dan mengalami komplikasi yang amat teruk disebabkan kejahatan yang telah dilakukan oleh zionis terhadap seluruh umat Islam. Ini adalah pembedahan kedua Netanyahu sejak kembali ke jawatan Perdana Menteri pada akhir 2022. Pada musim panas lalu, jantung Netanyahu disahkan tersumbat dan beliau menjalani pembedahan dengan memasang pemacu jantung (pacemaker). Pada 2013, Netanyahu juga telah menjalani pembehadan selepas kali pertama disahkan menghidap hernia. Hernia atau juga dikenali sebagai angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu ruang badan (kebiasaannya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada. Kandungan itu biasanya sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia. Terkini, bangunan terbakar dan mayat bergelimpangan dilihat selepas tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, Gaza yang dikepung sejak dua minggu lalu. Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan serangan udara Israel dan tembakan kereta kebal menyebabkan kemusnahan berskala besar di dalam kompleks dan bangunan di sekelilingnya. “Puluhan mayat sebahagian daripadanya reput ditemukan di dalam dan sekitar kompleks perubatan Al-Shifa. “Hospital itu tidak berfungsi sepenuhnya,” kata kementerian itu. Sumber :murai.my |
Mimo.mimo replied at 2-4-2024 11:13 PM
Kalau dia mati, perang akan stop? If yes, cepat sikit.
dua_chzy replied at 2-4-2024 11:17 PM
Penjahat biasanya umo panjang.
pengecatbintang replied at 2-4-2024 11:23 PM
skrip mcm Hitler jugak..
Hitler dikatakan mati bunuh diri dlm bunker
bottombikini replied at 3-4-2024 05:44 AM
haha...tegelak tgk doa2 warganet
sungguh la hg semoga slow death
tersiksa dunia dan akhirat
ADVERTISEMENT