CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin: Terima kasihlah Anwar kerana turunkan harga telur 3 sen

18-6-2024 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3513| Komen: 34


Muhyiddin Yassin menjangkakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.

Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri itu, jangkaannya meleset apabila tiada sebarang kenyataan mengenai pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi diumumkan.

“Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.

“Jangkaan saya meleset,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Loading FB Post...


Semalam, Anwar menerusi satu kenyataan berkata, kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji. 

Katanya, ini selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Sehubungan itu, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa semalam.

Dalam kenyataan yang sama, perdana menteri berkata, kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia.

Sambil menjelaskan subsidi tidak dihapuskan, katanya,  apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

Pada 15 Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku jurucakap kerajaan Madani mengumumkan perdana menteri akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan keesokan harinya.

Katanya pengumuman itu adalah hasil kerjasama baik dan persefahaman dicapai di antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

Namun, ia tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Anwar semalam hanya mengeluarkan kenyataan mengumumkan harga telur diturunkan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebenarnya banyak lagi barangan keperluan yang seharusnya diturunkan harganya.

“Terima kasihlah perdana menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.

“Cuma yang naik harga selepas penarikan balik subsidi diesel bukan telur sahaja. Banyak lagi barang dan perkhidmatan yang naik harga. Ini termasuk tambang bas sekolah,” katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 18-6-2024 02:33 PM
dapat jimat rm3 sen bagi setiap telur yang dibeli
Quote Skuau 18-6-2024 02:49 PM
tqtqtq...(terharu la sesangat ni)
Quote Firenzza 18-6-2024 02:52 PM
Bukan ke rega telur & ayam dah diapungkan ikut pasaran? So, selama ni tokey telur sapu untung kiri kanan la subsidi pun madanon bagi lagi???  Yg mat sabun pi mkn angin cari teloq sampai India tu mana dia teloq dia?  Mangkok tul la
Quote Belibis 18-6-2024 03:16 PM
Roti telur turun rega jugak ke ??
Quote Ytee 18-6-2024 03:57 PM
tahniah turun 3 sen
Quote misc 18-6-2024 05:17 PM
Ini je ke berita baik yg diwar2kan tu. Rasanya rakyat tak hairan pun sebab langsung tak terjejas setakat 3sen sebijik. Ko boleh settle harga beras balik macam dulu tak?
Quote MissYouSayang 18-6-2024 06:20 PM
Mujur la telor kerandut bangnon turun 3 sen jerr
Quote fattymah 18-6-2024 06:39 PM
Maceh pakcik nuawrt.. iols jarang makan telur
Quote Barebow77 18-6-2024 06:41 PM
Belibis replied at 18-6-2024 03:16 PM
Roti telur turun rega jugak ke ??

Idok pong..baru tadi makan roti tulur..RM3.00 kalau tulur saja..RM3.50 kalau taruk bawang..
Quote zuriey 18-6-2024 07:08 PM
Zaman sembab apa yg turun?
Quote cicak_kobeng 18-6-2024 07:19 PM
Tak terucap dgn kata2, terima kasih bangnon. Bnyk sgt ni turun nya sampai 3 sen. [em:15:]
Quote TeropongThaico 18-6-2024 07:20 PM
Yey rega telur dah turun. Blh beli telur byk2 mkn byk2. Lepas ni apa lg bakalan ikut jejak menurun. Tak kan telur je kot
Quote Momohizan 18-6-2024 07:22 PM
Mahiadin hidup lagi ke...tak lepas ke dia ke Bangkok nak resmikan restaurant Malaysia hok hok (akal nyam nak jumpa anak menantu n geng sakau dia yang nyorok kat Bangkok) takut SPRM punya pasal...betaun duk Bangkok
Quote prettygood 18-6-2024 09:06 PM
pru haritu aku undi anwar, sebab bila aku tengok calon lain, terutamanya mahiadin, hm lagi punah, hancur, gelaplah negara kalo dia yg perintah. no choice, aku pilih je anwar, atleast ada kebarangkalian sama ada baik atau buruk. Now, dah nampak baik buruk anwar, telan jela nak wat cane. tunggu next pru.. tapi yg pasti memang aku takkan undi mahiadin. tu je nak ckp.
Quote batu kikir 18-6-2024 10:07 PM
Harga telur turun 3 sen diumumkan olih seorang PM.  Bebal ke apa? Mat Sabu garu telur je ke?
Quote uori 18-6-2024 10:16 PM
zuriey replied at 18-6-2024 07:08 PM
Zaman sembab apa yg turun?

dia yang turun
Quote insulin 18-6-2024 10:32 PM
misc replied at 18-6-2024 05:17 PM
Ini je ke berita baik yg diwar2kan tu. Rasanya rakyat tak hairan pun sebab langsung tak terjejas set ...

Tak pernah nampak beras tempatan dia pasaran. Entah ke mana perginya beras ni.
Quote misc 18-6-2024 11:12 PM
insulin replied at 18-6-2024 10:32 PM
Tak pernah nampak beras tempatan dia pasaran. Entah ke mana perginya beras ni.

Tu la pasal, next year zakat fitrah kena ikut harga beras import.
Quote Neno90 18-6-2024 11:52 PM
Barang² lain mcmana pula

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.085965 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top