Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim melahirkan rasa simpati terhadap pandangan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai status Johor sebagai "rakan kongsi setara" Persekutuan Malaysia. Di sebalik bidasan pelbagai pihak bahawa pandangan Tunku Ismail yang juga adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Hassan berkata pendapat baginda harus dilihat dari perspektif sejarah yang lebih luas dan tanpa kekangan tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin PKR itu mendakwa Johor tidak pernah diduduki secara langsung oleh Portugis, Belanda, Inggeris, mahupun Jepun, sekali gus mempunyai sejarah terpanjang di Malaysia sebagai wilayah berdaulat. Justeru, ini, katanya menjadikan kedudukan kelas kedua dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh diterima oleh Johor. “Sejarah Johor tidak pernah ditewaskan dalam perang oleh Portugis, Belanda ataupun Inggeris. Johor kekal merdeka walaupun pada satu detik sejarah Singapura sebahagian dari Johor jatuh ke tangan Inggeris secara manipulasi dan penipuan Stamford Raffles.
“Johor juga tidak semacam sejarah Sabah yang pernah menjadi wilayah penguasaan Kesultanan Sulu dan juga Kesultanan Brunei. Sabah tidak pernah mengalami hidup sebagai wilayah merdeka seperti Johor sebelum pembentukan Malaysia. “Jadi jika Tunku Ismail menuntut Johor dilayan oleh Persekutuan Malaysia sebagai rakan Persekutuan seperti Sabah dan Sarawak maka tuntutan sedemikian rupa bukannya sesuatu yang nonsense atau tak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Tunku Ismail juga menimbul kontroversi apabila menggesa pengasingan kuasa yang lebih besar antara Johor dan persekutuan. Titah baginda, kepentingan negeri itu hanya dijaga semasa musim pilihan raya. Baginda menegaskan bahawa Johor bukan negeri pengemis sehingga perlu meminta-minta bagi menampung keperluan dan pembangunan di negeri itu dan menuntut kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada hasil cukai negeri berkenaan dikembalikan. Tunku Ismail turut membangkitkan cadangan mewujudkan Gabungan Bangsa Johor, iaitu gabungan yang menurutnya akan membolehkan kepentingan negeri diputuskan sendiri oleh penduduknya, sepertimana di Sarawak. Namun, pakar perlembagaan berkata bahawa pandangan Tunku Ismail mengenai kedudukan Johor dalam persekutuan tidak mengikut struktur yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi bagi penganalisis politik, Wong Chin Huat, gesaan itu adalah satu panggilan kejut buat agenda nasional desentralisasi. Sumber : Malaysiakini |
Pemimpin PKR itu mendakwa Johor tidak pernah diduduki secara langsung oleh Portugis, Belanda, Inggeris, mahupun Jepun, sekali gus mempunyai sejarah terpanjang di Malaysia sebagai wilayah berdaulat.
Kitty_catz replied at 18-6-2024 04:35 PM
alah putik zimbabwe pun.. apa kata sedekah je lahhh, dr terasa memintak2 mcm pengemis
reta 70 k ...
“Johor juga tidak semacam sejarah Sabah yang pernah menjadi wilayah penguasaan Kesultanan Sulu dan juga Kesultanan Brunei. Sabah tidak pernah mengalami hidup sebagai wilayah merdeka seperti Johor sebelum pembentukan Malaysia.
dua_chzy replied at 18-6-2024 09:08 PM
Oh really? Since when? Sebab Sulu dan Brunei anjing tu claimed Sabah meka punya? Padahal berperang ...
hyie replied at 18-6-2024 04:57 PM
iols nak sangat dengar coretan tundet pasal ni.
MissYouSayang replied at 19-6-2024 12:03 AM
Bodek topoi nampak si rambut putih ni
ADVERTISEMENT