CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish raikan Nedim, tonton wayang bersama - “Meraikan daddy. Kita akan menonton wayang, ikutkan sahaja anak-anak mahu apa”

20-6-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5547| Komen: 25


Belum lagi reda bahang konflik rumah tangganya, pelakon Nora Danish dilihat gembira meluangkan masa bersama suami, Nedim Nazri dan tiga anak mereka.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik perkongsian momen indah bersama keluarga dalam Instagram Stories dipercayai meraikan sambutan Hari Bapa, semalam.

“Meraikan daddy. Kita akan menonton wayang, ikutkan sahaja anak-anak mahu apa,” katanya ringkas.

Menerusi perkongsian tersebut turut dilihat Nedim duduk bersebelahan dengan pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu saat menonton wayang.

Dalam pada itu, Nora turut berkongsikan detik indah bersama keluarga menikmati hidangan stik di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Sebelum ini Nora menegaskan tidak akan memberikan sebarang kenyataan baharu dan hanya akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai status rumah tangganya apabila tiba masa sesuai.



“Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa sesuai dan mendapat keputusan yang muktamad,” katanya.

April lalu, Nora juga mengatakan bahawa dia dan Nedim tidak lagi tinggal sebumbung sekitar tiga bulan bagi memberi ruang kepada antara satu sama lain.

Untuk info, Nora mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohamad Nedim Nazri itu pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu Nora pernah berkahwin dengan Toh Muda Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15.

Bagaimanapun, Nora dan Jejai bercerai pada 10 Julai 2008. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 09:07 AM
Ini satu attitudes ND yg aku suka. Dia dicurangi dlu pun tkda la merempan mcm ngai/kurita/ratu saman/belhurt semua tu. cerita sikit lps tu move on bangkit. maybe sbb tu acik2 Forum ada soft spots for her?
Quote telracs 20-6-2024 10:16 AM
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 01:07 AM
Ini satu attitudes ND yg aku suka. Dia dicurangi dlu pun tkda la merempan mcm ngai/kurita/ratu saman ...

Dan dia juga comel...
Baik terhadap kengkawan...
Hormati orang tua...
Cuma dia sexy je...
Quote Acik2kepam 20-6-2024 10:22 AM
Adoi tak siap2 lagi ya rumah dia
Kontraktor aritu gak ke sambung keje ke dah tukar org lain?
Dia ni boleh je dapat sponsor ke apa tp nak support bisnes kawan kot sudahnya umah tak siap2.
Si shamimia yg bukan artis tu pun dah siap reno umah ppr dia
Quote missHaidiD 20-6-2024 10:32 AM
Lawa lg nd walau da masuk 40. Aku refer kt gmbr dgn ank2 tu.  

Beratur la jntan2 htr borang

Ada ke yg nak si bossned lepas ni.  Makin tua makin buruk nmpak
Quote lilacomot 20-6-2024 10:41 AM
kalu cm nora ni mmg rsa nye ramai yg beratur..janda hot letups...dri yg lelain tu
Quote Ytee 20-6-2024 11:23 AM
Nora ni lawa
Quote youell 20-6-2024 11:29 AM
Dah kenapa dress up gaya puteri balqis pulak ni nowa..udah2 la tu.
Quote Lulu_717 20-6-2024 12:04 PM
Nora nampak macam bukan jenis bdendam..sebab tu org pun sng bkawan dgn dia
Quote telracs 22-6-2024 05:48 PM
Raikan hari bapa tu selepas bercerai atau semasa dalam proses cerai...
Kompius pulak tengok tarikh ..
Quote sharlenetexas 22-6-2024 05:53 PM
Besarnya lengan dre


Quote Glass_shoes 22-6-2024 06:14 PM
telracs replied at 22-6-2024 05:48 PM
Raikan hari bapa tu selepas bercerai atau semasa dalam proses cerai...
Kompius pulak tengok tarikh . ...

sebelum cerai..sebab pernah terbaca artikel sambut hari bapa ni sebelum dieorang cerai..Ingat ada harapan berbaik..Tapi lps 2-3 hari terus cerai
Quote jihyomelly 22-6-2024 06:21 PM
harini pun tgk ig nowa si ned teman nowa bwk raykal check up kat pcmc
Quote aint 22-6-2024 07:22 PM
just that, Nora ptt wat pilihan bijak lps bercerai dgn Jejai... tp pilih Ned..

kalo cari lelaki bangsawan/hartawan, dh relax2 jd taitai cam acik kaunter...
Quote katakauu 23-6-2024 03:44 AM
missHaidiD replied at 20-6-2024 10:32 AM
Lawa lg nd walau da masuk 40. Aku refer kt gmbr dgn ank2 tu.  

Beratur la jntan2 htr borang

bella sskjp  is watching
Quote Hoola 23-6-2024 06:49 AM
tembun ank sorg tu
tringt tembun mcm ank retis sorg lg

#bknbodishaming
Quote Alvida 23-6-2024 08:38 AM
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 09:07 AM
Ini satu attitudes ND yg aku suka. Dia dicurangi dlu pun tkda la merempan mcm ngai/kurita/ratu saman ...

kau ingat life org dan penderitaan sama ker..cuba  ND kena dera mental fizikal baru kau tahu merempan ker tk
Quote chinta89 23-6-2024 09:01 AM
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 09:07 AM
Ini satu attitudes ND yg aku suka. Dia dicurangi dlu pun tkda la merempan mcm ngai/kurita/ratu saman ...

nora ni ada satu sikap yg bukan semua org blh ada.. tak merempan walaupun berakhirnya sebuah kebahagiaan rumahtangga.
Quote annadonna 23-6-2024 12:01 PM
youell replied at 20-6-2024 11:29 AM
Dah kenapa dress up gaya puteri balqis pulak ni nowa..udah2 la tu.

So netizen nak dia dress up mcm siapa? Mak Jah?
Quote annadonna 23-6-2024 12:04 PM
Edited by annadonna at 23-6-2024 12:05 PM
Alvida replied at 23-6-2024 08:38 AM
kau ingat life org dan penderitaan sama ker..cuba  ND kena dera mental fizikal baru kau tahu merem ...


Dgn jejai dulu mental dia terdera nokss.. Jejai main dgn FS time nora tgh preggie nokssss. Tak mental tortured ke tu noksss. Dia dicerai waktu pregnant 3 bulan. Ke okay je gitu? She such a strong woman mentally and physically. Yg ni pun kita tak tau apa si nedim tu dah buat kat dia. Nampak mcm dia takde apa je kan. Sebab dia tak merempannnn

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.038341 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top