CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izam EYE Bertahan Demi Keluarga, Syukur Masih Dapat Tawaran Buat Persembahan – ‘Seminggu Boleh Dapat RM5k’

27-6-2024 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7758| Komen: 11


Vokalis kumpulan EYE yang dikenali sebagai Izam meluahkan rasa syukur kerana masih menerima undangan untuk melakukan persembahan meskipun dirinya kini berdepan dengan masalah kesihatan.

Ketika ditemui OhBulan!, Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad berkata, dia juga berasa sangat bersyukur kerana bayaran yang ditawarkan juga masih setimpal mengikut kadar ‘rate’ semasanya sebagai seorang penyanyi.

"Alhamdulillah ada masanya dalam seminggu boleh dapat empat ke lima tawaran persembahan dan kebiasaannya rate saya tiga lagu dalam RM5,000 ke RM6,000."

"Penganjur masih mengikut ‘rate’ diberikan dan kalau tiada persembahan biasanya saya hanya berehat di rumah."

Izam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa.

Dalam pada itu, pelantun yang popular menerusi lagu ‘Izinkan Selamanya Namamu Dihati’ ini memaklumkan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyara keluarganya dengan kudrat yang ada meskipun mempunyai masalah kesihatan yang membimbangkan.

"Ini cara saya tanggung keluarga. Saya ada dua isteri, tujuh orang anak. Jadi, ada dua buah rumah perlu dibayar setiap bulan."

"Tanggungan saya besar, takkan saya nak harap sumbangan orang sahaja. Masa saya sakit hari tu takpalah. Sekarang saya dah boleh bergerak."

"Selagi saya berdaya, saya boleh bergerak dan menyanyi walaupun tidak berkemampuan seperti dulu. Tapi bolehlah sekadar untuk saya mencari rezeki."


Selain Izam, antara selebriti yang menerima bantuan tempoh hari termasuklah Isma Aliff, Dwan dari kumpulan Olan, Allahyarham Jaafar Onn dan bapa kepada arwah penyanyi Along Spoon yang dikenali sebagai Pak Engku.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 27-6-2024 11:29 PM
Kayanya rm5k seminggu
Quote ladymorgana 28-6-2024 12:46 AM
Mcm tak berapa nak percaya je
Quote prince_marhaen 28-6-2024 10:58 AM
Hadap je lah... napsu besar kan.
Quote Perawankota 28-6-2024 11:09 AM
Tgh laku ok lah… klu blh berjimat, berjimat la …
Quote red_velvet 28-6-2024 11:11 AM
Seminggu 5k eh? So boleh dah tambah no 3...
Quote Lulu_717 28-6-2024 12:33 PM
5k tu gaji sebulan rakyat marhaen. Ad yg xsampai pun 5k
Quote syamzana 28-6-2024 12:43 PM
"Alhamdulillah ada masanya dalam seminggu boleh dapat empat ke lima tawaran persembahan dan kebiasaannya rate saya tiga lagu dalam RM5,000 ke RM6,000."

kalau nafsu tak besar hidup seadanya blh tahan hidup utk 2/3bulan takde show dgn 2 fmly (5*5000 = 25k)
Quote pavlovachoc 28-6-2024 02:09 PM
Baru tau dia ada 2 bini
Quote areyam 28-6-2024 03:13 PM
1 lagu 2K... bleh tahan.... klu penyanyi tgh popular lagi mahal gamaknya.... patut ramai nak jdi penyanyi
Quote ezacbee 28-6-2024 03:15 PM
Retis suam je dapat 5k..

Jadilah retis walaupun suam.

Quote dua_chzy 28-6-2024 03:48 PM
Are yiu sure? Popular ke meka ni?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.031920 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top