CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alyah lepas rindu terhadap anak angkat guna CCTV - “Tok Ram (Ramli MS) selalu menghantar video Zara bersama dengan dia"

28-6-2024 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19218| Komen: 18





Hampir sebulan terpisah dengan anak perempuannya, Nur Izzara membuatkan penyanyi Datin Alyah tidak sabar untuk pulang ke tanah air sekembalinya daripada menunaikan haji nanti.

Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan, 43, yang berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji sejak 12 Jun lalu memberitahu dia mengalami kesukaran membuat panggilan video sepanjang berada di sana.

“Saya memang rindukan dia, tetapi di sini di sini saya agak sukar untuk membuat panggilan video.

“Jadi saya terpaksa menggunakan kaedah lain untuk berkomunikasi dengan dia iaitu melalui CCTV (televisyen litar tertutup) rumah sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah Alyah, biarpun mengalami kekangan untuk menghubungi keluarga, namun suaminya, Datuk Ramli MS kerap berkongsikan video aktiviti Nur Izzara kepadanya.

“Bila tidak dapat berhubung, Tok Ram (Ramli MS) selalu menghantar video Zara bersama dengan dia.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat juga mengubat kerinduan dengan mereka lebih-lebih hampir sebulan berjauhan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Kisah Hati itu mengatakan dia mengalami masalah kesihatan ketika berada di sana.

“Keadaan kesihatan saya ada sedikit terganggu selepas pulang dari Mina apabila saya mula demam dan batuk.

“Keadaan suhu di sini agak panas sehingga mencecah 53 darjah selsius. Tetapi, alhamdulillah saya masih mampu bertahan.

“Apa yang membuat saya sedih apabila melihat setiap waktu solat, akan ada banyak kematian di masjid melibatkan golongan warga emas.

“Difahamkan akibat cuaca panas ini ramai yang mengalami masalah kesihatan dan ada juga yang meragut nyawa,” jelasnya.


Selain Alyah beberapa selebriti lain yang turut berangkat ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji antaranya Ella, Datuk Amy Search, Elfira Loy, Johan dan Ozlynn.

Untuk info, Alyah dijadualkan bakal pulang ke Malaysia pda 16 Julai depan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 28-6-2024 09:45 PM
tok ram macam main ngan cucu..
Quote I.K.A888990 28-6-2024 10:56 PM
kiutnya baby..geram tgk
syg hatok ram ram dgn cucu dia
okay la tu
Quote 8Queen8 29-6-2024 12:32 AM
I gembira tengok Tok Ram dan Isteri bahagia dengan hadirnya ada anak angkat dalam hidup mereka. Hubungan mereka pasti bertambah erat.
Quote makihamis 29-6-2024 12:39 AM
Comel baby pandai tok ram jaga anak
Quote missbigrockstar 29-6-2024 02:09 AM
Comey nya rambut lebat pandai beraksi depan camera pula tu
Muka pun kenan dah nak mcm tinyah.
Alhamdulillah penyeri kepada pasangan ni.
Quote Glass_shoes 29-6-2024 02:13 AM
Comel baby..Untung jd anak tok ram tinyah
Quote jihyomelly 29-6-2024 08:38 AM
tu gamaknya tokram kata thrill lain mcm bila ada baby bila nabil nganjeng usia emas ada anak..anak pompuan tokram pun beli topi bagi baby..asalkan bahagia anak pun terjaga helok
Quote pocongkiutss 29-6-2024 08:59 AM
Comei gila baby ni..betul la..muka pun mcm tinyah
Quote QueenGambit 29-6-2024 05:44 PM
Comel ..geram
Quote noor2 29-6-2024 09:15 PM
Mak angkat mengetap@ mengepam bibir tanda gerammm dgn kecomelan baby...
Quote Nenolen 29-6-2024 09:26 PM
masya allah…geram nyer tgk baby mata bulat main senyum2 cam tu…
Quote krustykrab 29-6-2024 09:31 PM
hokeypokey replied at 28-6-2024 09:45 PM
tok ram macam main ngan cucu..

Quote dua_chzy 30-6-2024 09:19 AM
Awaaaa commmeyyyyy
Quote Kurex 30-6-2024 10:05 AM
kalau tak comel agaknya sendu benang ni
Quote Mimo.mimo 30-6-2024 11:14 AM
Unexpected rezeki to this couple
Quote Bungatulip1171 30-6-2024 12:14 PM
Comeynya baby
Quote nolya 30-6-2024 01:20 PM
Glass_shoes replied at 29-6-2024 02:13 AM
Comel baby..Untung jd anak tok ram tinyah



Itulah rezekinya Allah berikan kpd anak ini dn juga Tok Ram & Datin Aliyah. Saling menyandarkan kasih sayang dan amanah yg makayahnya sudah sanggupi.  Semoga berkah kehidupan keluarga kecil ini.
Comel anak ini dn luas dahinya.
Quote nolya 30-6-2024 01:26 PM
Kurex replied at 30-6-2024 10:05 AM
kalau tak comel agaknya sendu benang ni

Raikan sajalah berita kebahagiaan spt ini kerana kehadiran babies adalah augerah kpd pasangan. Babies bawa kebahagiaan kerana mereka adalah insan yg suci serta ada syurga di wajah mereka.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.105097 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top