Seumpama aktivis alam sekitar, pelakon Haneesya Hanee menasihati orang ramai agar tidak memakan ikan yu yang kini merupakan spesis terancam. Kata Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, masih banyak lagi spesis ikan lain yang boleh dijadikan menu makanan selain ikan yu. “Sekadar peringatan, ikan yu adalah spesis terancam. “Terdapat banyak ikan lain yang boleh dimakan. “Harap jangan makan ikan yu,” katanya menerusi InstaStory. Dalam masa sama, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu turut mengajak orang ramai melihat cara menangkap ikan yu. “Ya, memang ikan yu sangat sedap terutamanya sup sirip tetapi cuba cari bagaimana mereka menangkap haiwan tersebut,” ujarnya lagi. Haneesya menyuarakan perkara tersebut selepas melihat sebuah artikel mengenai ikan yu. Artikel berkenaan menceritakan perihal seorang wanita Jepun membeli ikan yu di sebuah pasar raya di Malaysia dan menghasilkan hidangan kari.
Ini bukan pertama kali anak jati Pulau Pinang itu menzahirkan rasa prihatin terhadap spesis terancam itu apabila dia pernah menangis di sebuah restoran kerana menu sup sirip dihidangkan menjadi tular. Sumber -KOSMO! ONLINE |
biskut_milo replied at 9-7-2024 03:32 PM
Bila dah takde benda nak cerita...ikan yu pun jadila..
anilanil replied at 10-7-2024 09:05 AM
Minah, baik la mkn ikan yu yg halal drpd tegok alcohol yg sah-sah haram.
melekaifc replied at 10-7-2024 09:55 AM
nganjing produk ngai kot
matjerk replied at 10-7-2024 07:32 AM
Masa kes alep dulu... ada gambar alep naik bas..dgn someone..yg dikatakan haneesya ni...
Kenmain ...
ADVERTISEMENT