CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur Kini Genap 99 Tahun, Tun Dr Mahathir Sambut Hari Lahir Hari Ini

10-7-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20526| Komen: 11




PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Sementara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut hari lahir ke-98 tahun pada 12 Julai ini.

Dr Mahathir pernah mendedahkan rahsia mempunyai kesihatan yang baik ialah dengan bersederhana dalam pengambilan makanan dan melakukan senaman rutin.

Beliau pernah menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.

Beliau kemudian meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Bagaimanapun pada 2016, Dr Mahathir muncul kembali dalam arena politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menandingi Barisan Nasional (BN).


Pada 2018, dalam satu kejutan politik, Bersatu dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada usia 93 tahun ketika itu, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Sumber : Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 10-7-2024 10:12 PM
Tahun depan dah 100 umur Tun. Salute ! Semoga Tun dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg sempurna dan dirahmati Allah.

Sayang Tun ketat2 ! [em:17:]
Quote sofyayra 10-7-2024 11:00 PM
Alhamdulillah, selamat hari lahir Tun. Semoga yang baik2 sahaja untuk Tun berdua.
Quote PejuangBerani 11-7-2024 01:48 AM
Happy birthday tun..
Quote Moyangkucing 11-7-2024 07:38 AM
Happy blessed birthday tun. You're the best
Quote sayurmayur88 11-7-2024 07:39 AM
umur 99 tahun tapi maintain sihat fizikal dan pemikiran beliau..
semoga selalu berada dalam rahmat dan lindungan Allah.. aamiin..
iolls kanak2 lahir 80-an memang nampak semua jasa dan budi Tun M membangunkan negara dan bangsa Malaysia...
Quote ina_na 11-7-2024 07:44 AM
sayurmayur88 replied at 11-7-2024 07:39 AM
umur 99 tahun tapi maintain sihat fizikal dan pemikiran beliau..
semoga selalu berada dalam rahmat d ...

Ye betul...kita yg lahir zmn 80an nampak pe atok bt...patut la beria2 x bg Pak Non jd PM...skrg br tau... PM lepas atok nampak mcm anak yg perabiskan reta mak bapak je...
Quote dua_chzy 11-7-2024 07:45 AM
Hapa hanat tered berulang?
Quote ketambangkang 11-7-2024 07:54 AM
byk jasa dia pd negara, jgn nafikan itu wahai anak2 muda
Quote ChildrenOfBodom 11-7-2024 09:03 AM
99 nombor ganjil bukan genap
Quote biozipstar 15-7-2024 12:25 PM
moga boleh berehat dengan tenang
Quote Decaffeinated 15-7-2024 01:08 PM
sayurmayur88 replied at 11-7-2024 07:39 AM
umur 99 tahun tapi maintain sihat fizikal dan pemikiran beliau..
semoga selalu berada dalam rahmat d ...

Membangunkan bangsa malaysia, lawak ka apa ni? If there was once a glimmer of hope of achieving it post independence, it was certainly before he came to power.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.032250 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top