CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cliff Umar didenda RM5,500 kerana miliki, ambil dadah

31-7-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35935| Komen: 8


Juara sebuah rancangan realiti nyanyian Abdullah Umar Joseph atau dikenali Cliff Umar, didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri pada Mei.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani tambahan penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Cliff Umar, 42, juga dikenakan tempoh pengawasan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylymorphine seberat 0.9 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya kira-kira jam 3.30 petang pada 26 Mei.

Pendakwaan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.


Dia juga dituduh dengan sengaja memberikan diri sendiri dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (thc) di tandas Balai Polis USJ8 di Subang Jaya, kira-kira jam enam petang pada tarikh sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan perlu menjalani pengawasan antara dua hingga tiga tahun.

Peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon hukuman denda minimum, susulan anak guamnya menanggung isteri dan empat orang anak.

“Anak guam saya juga mempunyai masalah kewangan dan tiada pendapatan tetap dengan hanya bergantung kepada kerjayanya sebagai pemuzik,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon hukuman berbentuk pencegahan ekoran kekerapan kes dan melibatkan kepentingan awam.

Sumber : Bernama



Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-8-2024 12:51 AM
Dia amik dadah kt dalam tandas balai?
Quote rayna_raynes 1-8-2024 02:42 AM
Perawankota replied at 1-8-2024 12:51 AM
Dia amik dadah kt dalam tandas balai?

Tak, urine sample dia yg positive tu dapat dalam toilet balai. Jadi disitulah dikira lokasi kejadiannya since tak boleh pinpoint lokasi mana dia masukkan dadah dalam badan

Quote alien88 1-8-2024 11:15 AM
beli dadih boleh, bila kena byr denda, dan2 ada masalah kewangan
Quote Kekunci_Hitam 1-8-2024 11:27 AM
Dulu dia menang GV dapat berapa ribu?
Quote sayawifenikmie 1-8-2024 11:33 AM
yg saya faham dari artikel
hukuman kalau salah = penjara DAN denda
salah miliki
salah masukkan dadah
kenapa denda sahaja ?
Quote Itzy 1-8-2024 12:48 PM
Alangkah bagus kalau polis tangkap taikun2 dadah dan kumpulan2 gangster berbanding tangkap penagih dadah atau bilis kecil. Jenayah2 di kl dan bandar2 besar lain ni dah jadi macam filem hongkong lakonan andy lau.
Quote PejuangBerani 1-8-2024 02:28 PM
wajah heols mmg sesuai dgn aura penagih dadah..hadoi
Quote lolipopmanish 1-8-2024 02:28 PM
Tgk muka tau suka amik barang gitu ati kelam iols

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.039697 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top