Kajang: Dua anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, pada 28 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, esok. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor. "Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Kajang jam 8.30 pagi, esok. "Pertuduhan dibuat terhadap mereka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua anggota berkenaan ditahan berhubung kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari yang tular di media sosial. Hussein dilapor berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu. Sumber : Harian Metro Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT