View: 30740|Reply: 8
|
2 anggota polis IPD Kajang disyaki peras warga asing didakwa esok
[Copy link]
|
|
Kajang: Dua anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, pada 28 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, esok.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor.
"Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Kajang jam 8.30 pagi, esok.
"ertuduhan dibuat terhadap mereka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua anggota berkenaan ditahan berhubung kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari yang tular di media sosial.
Hussein dilapor berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
awat perempuan tu pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
dia ada sakit jantung..
korup sangat dah ni.. harap rakyat diberi kebenaran untuk rakam anggota di tempat public pastu body cam tu pun mesti ada.. barulah boleh kurang kes pau camni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dah selalu buat kan, haram j tul |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sabit kesalahan, harap jatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran. Dedah dan viralkan identiti. Memalukan pasukan polis, memalukan agama, bangsa dan negara. Harapkan pegar, pegar makan padi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan rahsia warga asing yang bawa motor ni lubuk pau
|
|
|
|
|
|
|
|
korup betul...camne org lain nak hormat |
|
|
|
|
|
|
| |
|