CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Isu Ini Berpunca Daripada Tak ‘Like’ Dan Tak Komen,” - Didakwa Bagi Alasan Sibuk, Fattah Amin Bertegas Rumah Tangga Tiada Masalah

8-8-2024 12:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 422510| Komen: 6506




Nampaknya isu khabar angin Pelakon terkenal, Fattah Amin dan isteri, Nur Fazura berdepan masalah rumah tangga masih lagi belum reda.

Memetik Murai.my, Fattah menegaskan bahawa rumah tangganya dengan isteri tidak berdepan sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut Fattah, isu dan khabar angin yang tidak benar ini mungkin timbul apabila dia jarang meninggalkan komen dan ‘like’ di hantaran-hantaran Fazura di Instagram.

“Kami memang tak ada apa-apa isu sebab masing-masing pun sibuk kan. Kami okay sahaja. Saya rasa, isu ini berpunca daripada tak ‘like’ dan tak komen,” jelas Fattah. “Itulah, kadang-kadang bila dah sibuk dengan urusan kerja, takkan setiap hantaran itu kita nak ‘like’ dan komen. Kalau ada masa memang saya ‘like’.”

Fattah juga memahami bahawa persoalan ini timbul kerana peminat mengambil berat terhadap hubungan mereka.


“Kami faham sebab peminat mengambil berat. Terima kasih kepada semua yang ambil berat dan bertanya,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura memaklumkan bahawa dia memilih untuk mengehadkan hantaran berkaitan keluarga dan kebahagiaan di media sosial kerana terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin. Keputusan ini diambil sebagai tanda keprihatinan terhadap situasi yang berlaku di sana.

Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat dan media sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Fattah dan Fazura yang dikurniakan seorang cahaya mata, sering kali menunjukkan kemesraan mereka di media sosial, namun kebelakangan ini lebih memilih untuk menjaga privasi keluarga mereka.

Peminat mereka tetap berharap dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini, dan berita penjelasan Fattah pastinya memberi kelegaan kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan ini.

Dengan kenyataan ini, Fattah berharap agar spekulasi dan khabar angin yang tidak berasas dapat dihentikan dan mereka dapat terus menjalani kehidupan berkeluarga dengan tenang dan bahagia.


Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Sumber : Murai.my











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-8-2024 08:26 AM
Pelik2 wartawan ni..artis tu dah kata tak de masalah lagi depa tanya lagi depa up berita....
Quote PejuangBerani 8-8-2024 11:08 AM
Adududu..ape motif dok korek cite depa ni..dah depa bertubi2 nafikan takde pape takde pape lah..wartawan pun dok push sampai nak depa jawab ikut skema jawapan wartawan ke baru puas hati..[em:11:]
Quote Rogue98 8-8-2024 11:33 AM
Susah jadi couple terpaling gorgeous ni ...sebenarnye fans and haters sama2 suka nak tgk gambar2 diaorang..rasa tak best asik kena recycle jer kalau nak tengok. Tapi kena faham diaorang pun both busy dgn mcm2 project.
Tapi kelakar.  yang berbungkus dan terpaling penunggang agama tu lah yg sebok selfie walaupun nampak mata jer..
Quote nazzse 8-8-2024 11:59 AM
tak habis2 menyibuk dengan rumahtangga retis.
Berbalik pada diri sendiri baru padan muka wartawan ni
Quote Lampuled 8-8-2024 01:44 PM
Kiri kanan wartawan tanya. Lepas ni gi tanya patimah plak mommy daddy ok ke?  Mgkin diaorng pun risau terkena ain sbb tu malas nk pos sweet muit dh.
Quote gideoncross 8-8-2024 01:50 PM
Hahahahaha
Quote wadiunong 8-8-2024 02:12 PM
la ni drama FA Lelaki Melayu Terakhir tgh tayang kt TV3. rengsek nk tengok sbb ada Heliza & adik dia berlakon.  Over na Heliza ni berlakon
Quote _kelly 8-8-2024 02:12 PM
iols ulang lagi sekali komen ni

isu nya kau sebagai suami dan ketua keluarga lembik..orang buli bini dengan anak pon diam membisu tak berkutik langsung..wanita mana yang boleh bertahan je kalau ada suami pon tak boleh nak bergantung harap
Quote KakZianaZain 8-8-2024 02:19 PM
Aku suspect ni benak2 yg suka masuk live PZ tanya pasal fattzura or lebih dekat, is jennie
1000107565.jpg
1000107564.jpg
1000107563.jpg
1000107566.jpg
Quote Geeayden 8-8-2024 02:22 PM
Edited by Geeayden at 8-8-2024 02:26 PM
KakZianaZain replied at 8-8-2024 02:19 PM
Aku suspect ni benak2 yg suka masuk live PZ tanya pasal fattzura or lebih dekat, is jennie


Bukan live tapi soalan kat igs zaileen
Quote habisnamadahni 8-8-2024 02:26 PM
zeileeen ni sapa ..org penting ke dlm circle fattzura
Quote bambimo 8-8-2024 02:28 PM
Takkan la semudah tu nk lepaskan.
Ramai kan nk kaka faz.. last2 berjodoh dgn dia
Doakan je kekal bahagia
Quote anony-mous 8-8-2024 02:36 PM
1st i rasa xnmpk komen ni dlm isu rumah tgga retis “klau xde angin xkn pokok bergoyang” “biasanya apa yg dispeku dlm porem mesti betul” both komen ni i selalu sgt nampak dkt pasangan retis lain kalau ada kes mcm ni

Btw i rasa patah busy shooting utk drama pkul 7 tv3
Quote jejaka_hensem 8-8-2024 02:44 PM
Daripada ko nak tengok gamba retis,baik la ko tengok maka ayah sendiri.dapat jugak pahala,boleh jugak topup utk masuk syurga nanti.
Giteww
Quote cicicumel 8-8-2024 03:55 PM
habisnamadahni replied at 8-8-2024 02:26 PM
zeileeen ni sapa ..org penting ke dlm circle fattzura

Eww sape ni?mcm Sherot...
Quote virgocircus 8-8-2024 03:57 PM
Ayoyo soklan igs tu pun..kepoci amat!! Huhuhu. Biarlah dorang nak low profile.
Quote ohsoyaya 8-8-2024 04:17 PM
sayawifenikmie replied at 8-8-2024 01:52 PM
tapi
macam tak logik
sibuk sangat ke sampai nak like (seperti sebelum2 ini) pun tak dan?

Logik je. Iols yg org biasa ni pun, 5 hari busy dgn kerja. Xsempat nak bukak IG & porum pun. Ni bru la dpt pegang fon. Inikan pulak Bamtah yg busy shooting
Quote codenamedream 8-8-2024 04:29 PM
Ni meols tepek collage Fattah busy meeting sana sini
Yang heols x share kat IG berhabuk heols

1000189849.jpg
Quote asudau 8-8-2024 04:37 PM
tunggu anniversary depa la..kot-kot ada gambar berPDA yang pada nerakazen nak kan. nanti jangan plak menyampah kata tak elok show off lebih-lebih gitu

Lihat semua komen(6506)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.531802 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top