CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam

23-9-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19990| Komen: 32

 


WASHINGTON –   Pegawai-pegawai hidupan liar kebingungan apabila melhat imej makhluk misteri yang berjalan berhampiran komuniti luar bandar di Texas pada waktu malam, lapor portal berita MailOnline.

Video  hitam-putih itu dirakam menggunakan kamera di luar Dublin, timur laut Dallas.

Ia menunjukkan sejenis makhluk ganjil berjalan menggunakan empat kaki berlainan saiz dan mempunyai bonggol  di belakang badannya.

Seorang penduduk.setempat,  Michael ‘Dumas’ Demel, 49, menunjukkan gambar makhluk itu kepada rakan, anggota keluarga dan jirannya.

Michael berkata, makhluk ganjil itu mungkin chupacabra iaitu kambing penghisap darah.

Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas memberitahu Michael bahawa disebabkan kualiti imejnya,  adalah sukar untuk mengenal pasti jenis haiwan itu.

“Saya menunjukkan gambar ini kepada jiran, keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.


Menurutnya, dia diberitahu bahawa ia mungkin jelmaan hantu haiwan, monyet, chupacabra atau makhluk asing.

Makhluk menakutkan itu kelihatan mempunyai muncung panjang, bahagian atas kepala kecil dan ketulan di belakangnya yang menyebabkan beberapa rakan lain mendakwa ia adalah jelmaan hantu.

Masyarakat Navajo di Amerika Syarikat percaya dukun atau pengamal yang mengamalkan ilmu hitam boleh bertukar makhluk ghaib atau jelmaan hantu dikenali sebagai skinwalker. – AGENSI


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 23-9-2024 08:43 AM
Ummah pun ter pengaruh dengan native american folklore.. Skinwalker la... Wendigo la... Hahaha... Maybe binatang ada diseases/deformity...
Quote Kitty_catz 23-9-2024 08:50 AM
mastika versi murica

#maga
Quote syamzana 23-9-2024 08:53 AM
jelmaan hantu pun boleh
Quote ninja boy 23-9-2024 10:01 AM
Cerita hantu mmg best layan
Quote PULANGKAN 23-9-2024 10:09 AM
macam kawasan kitorang dulu, kecoh nampak benda pelik serupa

rupanya kucing kurap, takde bulu, kepala tersangkut dalam bekas polisterin. korek sampah le tu.

dari jauh memang nampak pelik dengan muncung panjang. dah la dalam gelap, tengah malam. kecoh jugak jiran2 waktu tu, tapi semua tak berani keluar
Quote Belibis 23-9-2024 10:11 AM
Dallas masih pakai kamera itam putih? Baik lagi cctv wakaf che yeh.
Quote kucingitam 23-9-2024 11:09 AM
asal benda pelik2, alien, ufo mesti jadi kat amerika..udah setarap negara seberang.. alien ufo tu tak pandai pergi tempat lain eh?
Quote chikumanis 23-9-2024 11:14 AM
kalau tengok dekat tiktok tu, memasing menggelupur bila 'kon skinwalker' ni datang. padahal, sebelum dia bergerak, korang tak reti nak blah. siap boleh tengok lagi, lepas tu lari macam cacing kepanasan. nasib lah demi content je ni..

benarnya skinwalker  ni apa? ahli sihir? guna ayat witch je tak boleh ke?
Quote AbukRokok 23-9-2024 11:16 AM
ni kalau nampak polis gedebe klate mesti dia menyesal lagi lupa bawak bedil
Quote Dwdrum 23-9-2024 11:22 AM
Edited by Dwdrum at 22-9-2024 07:24 PM
kucingitam replied at 22-9-2024 07:09 PM
asal benda pelik2, alien, ufo mesti jadi kat amerika..udah setarap negara seberang.. alien ufo tu ta ...


Global west banyak observers... Nusantara lebih banyak observed mental disease/disorder to sync supernatural event... Untuk relate dengan agama... Conclusion sendiri tidak bukti kan secara scientific.... Maybe poor facility?
Quote jfq 23-9-2024 11:54 AM
Asal supernatural atau makhluk yg kuban2 mesti gambr blur pakai camera tahun 2000
Quote dubuk 23-9-2024 01:04 PM
Kita dua kaki dia empat, siapa lagi laju ?
Quote dua_chzy 23-9-2024 01:15 PM
Edited by dua_chzy at 23-9-2024 05:17 AM
jfq replied at 23-9-2024 03:54 AM
Asal supernatural atau makhluk yg kuban2 mesti gambr blur pakai camera tahun 2000


Teori aku, deol boleh affect gelombang elektromagnet secara lansung. Atau masa berlaku benda supernatural tu, dimensi kita dan meka bertembung, affecting or hasilkan gelombang elektromagnet? Sebab tu bila ambik gamba, blur manjang?

Sebab pernah berlaku kejadian kat masa aku kat U (di kolej kediaman), masa dah nak tido tengah malam buta, MP3 dari PC tiba2 tertutup sendiri. Then aku dengar bunyi macam benda kena seret kat luar bilik. Bila bunyi sret sret tu berhenti, MP3 terpasang semula secara sendiri. Surreal gila.
Quote Olumis 23-9-2024 01:30 PM
So bolehlah dirumuskan bhw hantu/makhluk ganjil ni depend juga area mana. Contoh belah2 kita ni, ada bunian. Dkt negara org putih nun ada elf ada ufo. Dkt jepun, hantu lain lagi.
Quote Olumis 23-9-2024 01:35 PM
dua_chzy replied at 23-9-2024 01:15 PM
Teori aku, deol boleh affect gelombang elektromagnet secara lansung. Atau masa berlaku benda super ...

Yuppp. Roh2 ni lebih suka communicate guna brg elektrik/elektronik. Sebab tu klu ada benda tu, lampu akan berkelip2 / tv on sendiri / radio tiba2 tukar channel.
Quote dua_chzy 23-9-2024 01:36 PM
Olumis replied at 23-9-2024 05:35 AM
Yuppp. Roh2 ni lebih suka communicate guna brg elektrik/elektronik. Sebab tu klu ada benda tu, lam ...

Oh ya oh. Lupa pasal tu.
Quote dua_chzy 23-9-2024 01:38 PM
Olumis replied at 23-9-2024 05:30 AM
So bolehlah dirumuskan bhw hantu/makhluk ganjil ni depend juga area mana. Contoh belah2 kita ni, ada ...

Elf ada di Malaysia. My mom and friends pernah nampak. Memang sebiji elf di TV, kenit2 pakai baju serba hijau segala cuma...Bila dia menyeringai, keluar la gigi taring tajam dengan mata merah. Tidak juga macam TV la.
Quote lightheaded67 23-9-2024 01:39 PM
Quote miftahuljamilah 23-9-2024 01:51 PM



contoh “chupacabra “ yg berjaya dirakam telah mati .. ada mcm iras dubuk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.109233 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top