Tiga kanak-kanak lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun secara berkumpulan di sebuah kebun di daerah Tawau, pada Khamis. Memetik laporan Astro Awani, penahanan ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun itu dilakukan susulan laporan yang diterima daripada ibu mangsa, pada Jumaat. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau iaitu Superintenden Champin Piuh, ketiga-tiga suspek merupakan kenalan dan tiinggal di kampung yang sama dengan mangsa. "Dua suspek adalah pemegang sijil lahir, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan semua mereka tidak bersekolah." Susulan daripada itu, kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober hadapan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber – Astro Awani, OhBulan |
primarikey replied at 30-9-2024 10:58 PM
Amboiii...punai besar siput sedut dh pandai nk merogol ank dara org..byk tgk porno ke dek
edayildiz replied at 30-9-2024 11:19 PM
bdk laki umo 12 thn dh bernafsu ke
edayildiz: bdk laki umo 12 thn dh bernafsu ke
fanaz82 replied at 1-10-2024 10:05 AM
kalau dah tgk citer porno, mahu tak bernafsu
Kitty_catz replied at 1-10-2024 08:54 AM
beso siput sedut pun kalo udah mecanak naik cam kepala tedung ..onzzzz jugak kaka uiii
sama gak b ...
ADVERTISEMENT