CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Masdi kini Duta PDRM FC

22-10-2024 12:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32005| Komen: 15

 


PENYANYI popular, Amir Masdi, 28, pernah menyimpan impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional sejak di sekolah rendah.

Justeru, apabila ditawarkan menjadi duta pasukan PDRM FC, Amir tidak ragu-ragu untuk menerima dan bekerjasama dengan kelab bola sepak yang bersaing di Liga Super itu.

"Sebenarnya, saya pun tak sangka terpilih sebagai duta PDRM ini kerana ramai juga selebriti lain yang terbabit dalam sukan bola sepak di negara ini.

"Namun, saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini kerana saya juga memang ada bermain bola sepak bersama rakan-rakan artis seperti Tomok," katanya yang bermain di posisi penyerang.

Amir ditemui di sidang media kerjasama Suria FM X PDRM FC yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dan Ketua Pegawai Eksekutif RedOne Network Sdn Bhd merangkap Ahli Lembaga Pengarah PDRM FC, Farid Yunus.


 

Turut hadir, dua pempengaruh terkenal TikTok, CEO Batu dan CEO Bieziy.

Amir berkata, pihaknya juga ada perancangan untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuk PDRM tetapi belum ada konsep yang diputuskan lagi.

"Mungkin saya boleh sumbangkan lagu khas atau muzik video khusus untuk PDRM nanti," katanya.

Sementara itu, DJ Lin berkata, sebagai rakan radio rasmi kepada PDRM, Suria FM berbesar hati untuk memberikan sokongan penuh dalam mempromosikan semua sesi latihan dan perlawanan pasukan PDRM yang akan datang.

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen Suria FM dalam memastikan penyokong PDRM mendapat liputan terkini mengenai perkembangan pasukan kegemaran mereka," katanya.

Pada masa sama, Farid berkata, kerjasama antara PDRM, Suria FM dan duta rasmi PDRM FC ini adalah satu langkah strategik yang bertujuan untuk meletakkan PDRM di landasan yang kukuh untuk jangka masa panjang.  

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SR4tahun 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa nampak baik jeee semoga terus mewangi ye dikkk
Semoga kawin nnt cari ponpuan semonggah sikit buat binik gituhh awal nasihat tak kalutttt

Quote sleepandream 22-10-2024 02:14 AM
bola sepak masa duit banyak bazir dekat benda2 merapu... player gaji kepuk2... ujong2 lawan dgn iraq pun kalah...
Quote oggy 22-10-2024 03:46 AM
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa n ...

Sama la lagu dia mcm tak mesra kat telinga.. ke aku je yg taktau. Tapi tak dinafikan suara dia sedap & performance dia best.

Btw jadi duta kelab bola ni mcm mana fungsi dia
Quote miss_strangers 22-10-2024 03:58 AM
Walaupon xberapa nak glemer tapi amir mmg berbakat yach! Suara shedap giler...ini baru layak masuk industri, berdiri atas bakat sendiri walaupon mmg ada rupa ensem
Quote imransulaiman 22-10-2024 08:56 AM
Dia ni kan...dah lah tak fotogenik, rambut lagi macam tu. Tambah hudoh.
Quote just_fighter 22-10-2024 02:34 PM
Jom sokong album terbaru Amir Masdi, antara penyanyi lelaki yg boleh nyanyi dgn baik

[twitter]https://x.com/Amir_Masdi/status/1847290036158685502[/twitter]
Quote pocongkiutss 23-10-2024 12:50 AM
Hai..Saja komen nk benamkan thread najis
Quote HanyaUngu 23-10-2024 01:17 AM
Mendonia jugak dia tahun ni .. banyak ost filem dia nyanyi. Bnyk show.
Quote babyLON. 23-10-2024 02:56 AM
Kesian jugak tak byk komen.
Quote lipasterbang 23-10-2024 08:47 AM
Tahniah amir, lps ni blh asah lg skill bersama pro player..selama ni nmpk ada bakat main bola tu
Quote lipasterbang 23-10-2024 08:50 AM
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa n ...

Lagu dia asmara antara yg plg byk jd ost drama..
Blh dikatakan semua single dia pnh jd lagu  sisipan drama
Quote supernaturalee 23-10-2024 10:25 AM
lagu duet amir dgn dayang tajuk debu yg smpi final AJL, almost nk menang juara dah tu
lagu tu yg iols plg suka


btw psl lagu utk pdrm fc tu
buat lagu ala2 anthem gemuruh ft tu
terus evergreen utk pelbagai event sukan & patriotik
sungguh pun aslnya utk lagu tema pertandingan nyanyi2 je
Quote hayrin86 23-10-2024 10:30 AM
oggy replied at 22-10-2024 03:46 AM
Sama la lagu dia mcm tak mesra kat telinga.. ke aku je yg taktau. Tapi tak dinafikan suara dia sed ...

Lagunya "Madani Jiwa Merdeka" hanya sesuai diperdengarkan masa musim Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas tapi tidak pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia..

Quote sangbara2020 23-10-2024 10:47 AM
anak buah iolls nama amir..iolls panggil dia amir masdi..pastu akk iolls ckp...who???
hahaha
Quote sukanyanyi 24-10-2024 11:05 AM
sangbara2020 replied at 23-10-2024 10:47 AM
anak buah iolls nama amir..iolls panggil dia amir masdi..pastu akk iolls ckp...who???
hahaha

Yg ni ouch jugak ye.. tp yela, iols tahun 2020 dulu pun blom kenal heols lg sbb tak tgk af batch dia tu. So mcm, sape dia ni, pemes ke.. skrg of kos la kenal, pakej suka lagi..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033186 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top