CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konflik Asia Barat tidak tunjuk tanda penyelesaian walau Trump ambil alih pimpinan AS - Anwar

21-11-2024 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37398| Komen: 7



Kuala Lumpur: Konflik Asia Barat membabitkan Palestin dan Israel masih tiada petunjuk penyelesaian biarpun Donald Trump mengambil alih pimpinan Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi pilihan raya presiden AS 2024, awal bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu beliau lihat selepas membincangkan isu terbabit dengan pemimpin dunia termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, baru-baru ini.

"Saya bicara dengan Presiden Sisi, MbS (Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman), MbZ (Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed), Erdogan sepanjang masa dan saya tidak lihat sedikitpun harapan untuk ada penyelesaian.

"Perubahan pimpinan di Amerika Syarikat dan semalam dalam sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) masih bangkit menentang gencatan senjata.

"Padahal istilah ceasefire (gencatan senjata) pun saya tidak bersetuju. Apa yang gencatan senjatanya?


"Orang bunuh kamu, serang kamu kemudian gencatan senjata. Istilah gencatan senjata itu tak betul," katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menyuarakan perkara itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, meminta Anwar mengakui kekhilafan terutama membabitkan isu sensitif berkaitan konflik Israel-Palestin seperti wawancara bersama Richard Quest dari CNN sebelum ini.

Anwar berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan istilah gencatan senjata dalam isu konflik Asia Barat berkenaan.

"Sebab itu kalau di Riyadh saya kata stop the aggression. Stop the oppression, stop the colonisation (hentikan pencerobohan, hentikan penindasan, hentikan penjajahan). Istilah kita guna lain.

"Tetapi kerana usul gencatan senjata, kita pun kata okaylah kalau gencatan senjata pun membantu. Tapi inilah keadaannya (tiada penyelesaian).

"Mudah-mudahan Allah SWT membantu dan kita yakin akhirnya bagaimanapun penyelesaiannya akan memihak kepada yang benar iaitu perjuangan sah dan sahih rakyat Palestin," katanya.

Terdahulu, Anwar menjelaskan, wawancara beliau bersama CNN itu diambil di luar konteks daripada mesej disampaikan beliau sedangkan pendirian Malaysia menentang dan tidak mengiktiraf Israel.



Sumber : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 21-11-2024 08:31 PM
Kita putar lagi Halim...
Quote kemaruk 21-11-2024 09:14 PM
ape bende la ko ni
Quote TOPwind 22-11-2024 12:12 AM
Kapir tetap tolong kapir

Cina tetap makan babi
Quote Skuau 22-11-2024 12:50 AM
mungkin memana wakil drp kjaan madani ni..kena bertanding pemilihan presiden us penggal akn dtng.Saiya cadangkan abe mat.
Quote cm_vungtau 22-11-2024 01:02 AM
Ler kan member tu baru jadi president. Ko tu dah jadi PM lama pun takde pulak tanda2 PTPTN mansuh
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:44 AM
trump is pro jewish
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:45 AM
celah mane la trump to boleh stop the war. sape la yg caya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041126 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top