View: 37442|Reply: 7
|
Konflik Asia Barat tidak tunjuk tanda penyelesaian walau Trump ambil alih pimpinan AS - Anwar
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Konflik Asia Barat membabitkan Palestin dan Israel masih tiada petunjuk penyelesaian biarpun Donald Trump mengambil alih pimpinan Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi pilihan raya presiden AS 2024, awal bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu beliau lihat selepas membincangkan isu terbabit dengan pemimpin dunia termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, baru-baru ini.
"Saya bicara dengan Presiden Sisi, MbS (Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman), MbZ (Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed), Erdogan sepanjang masa dan saya tidak lihat sedikitpun harapan untuk ada penyelesaian.
"erubahan pimpinan di Amerika Syarikat dan semalam dalam sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) masih bangkit menentang gencatan senjata.
"adahal istilah ceasefire (gencatan senjata) pun saya tidak bersetuju. Apa yang gencatan senjatanya?
"Orang bunuh kamu, serang kamu kemudian gencatan senjata. Istilah gencatan senjata itu tak betul," katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri menyuarakan perkara itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, meminta Anwar mengakui kekhilafan terutama membabitkan isu sensitif berkaitan konflik Israel-Palestin seperti wawancara bersama Richard Quest dari CNN sebelum ini.
Anwar berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan istilah gencatan senjata dalam isu konflik Asia Barat berkenaan.
"Sebab itu kalau di Riyadh saya kata stop the aggression. Stop the oppression, stop the colonisation (hentikan pencerobohan, hentikan penindasan, hentikan penjajahan). Istilah kita guna lain.
"Tetapi kerana usul gencatan senjata, kita pun kata okaylah kalau gencatan senjata pun membantu. Tapi inilah keadaannya (tiada penyelesaian).
"Mudah-mudahan Allah SWT membantu dan kita yakin akhirnya bagaimanapun penyelesaiannya akan memihak kepada yang benar iaitu perjuangan sah dan sahih rakyat Palestin," katanya.
Terdahulu, Anwar menjelaskan, wawancara beliau bersama CNN itu diambil di luar konteks daripada mesej disampaikan beliau sedangkan pendirian Malaysia menentang dan tidak mengiktiraf Israel.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kapir tetap tolong kapir
Cina tetap makan babi |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin memana wakil drp kjaan madani ni..kena bertanding pemilihan presiden us penggal akn dtng.Saiya cadangkan abe mat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ler kan member tu baru jadi president. Ko tu dah jadi PM lama pun takde pulak tanda2 PTPTN mansuh |
|
|
|
|
|
|
|
celah mane la trump to boleh stop the war. sape la yg caya |
|
|
|
|
|
|
| |
|