Alor Setar: Kerajaan negeri meluluskan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 seorang kepada semua penjawat awam di negeri ini. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia akan dibayar pada Mac dan Jun 2025 sebagai menghargai sumbangan penjawat awam selaku jentera pentadbiran negeri. "Jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM12 juta membabitkan 5,076 penjawat awam negeri," katanya ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Selain itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri turut bersetuju Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024. Katanya, justeru kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM30 juta sebagai tambahan kepada semua jabatan untuk tujuan pembayaran gaji penjawat awam negeri yang menerima opsyen SSPA.
"Dengan itu, sukacita saya umumkan kenaikan tersebut akan dibayar mulai gaji bulan Disember 2024. Kenaikan keseluruhan adalah berjumlah RM2 juta untuk tahun 2024," katanya. Sumber : Harian Metro |
ADVERTISEMENT