CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teliti dulu cadangan waktu kerja empat hari setengah - KSN

25-11-2024 12:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26344| Komen: 17

 


Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan perlu meneliti terlebih dahulu cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada hanya empat hari setengah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata untuk merealisasikan syor itu juga menuntut pihaknya untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lebih jelas dari segi kesan menerusi akses terhadap dasar berkaitan.

Mengakui belum melihat kesan positif terhadap peningkatan kualiti dan mutu kerja setakat ini, beliau berkata mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai hal itu.

"Itu satu policy call. Oleh kerana itu kerajaan Johor punya keputusan itu, kita akan teliti dahulu.

"Buat masa ini Kerajaan Persekutuan belum ada hasrat untuk memperkenalkan waktu kerja empat hari setengah.

"Saya tak boleh beri komen (berhubung kesan terhadap produktiviti kerja) sebab belum nampak lagi pelaksanaannya. Baru diumumkan," katanya selepas merasmikan penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas adakah kerajaan pusat bercadang untuk mengikut langkah kerajaan Johor yang sedang mempertimbang untuk mengubah waktu bekerja dalam sektor awam kepada hanya empat hari setengah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 25-11-2024 05:13 AM
buat jelah 4 hari seminggu.. cuti 3 hari solid

tapi masuk pkol 8 pagi sampai pkol 7 petang

sbb mmg biasa stay back opis pun kalau private ni..

so, why not?
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:37 AM
bkn buat kerja pun dok sembang
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:38 AM
teliti dulu cadangan ini
Quote Kitty_catz 25-11-2024 09:16 AM
boleh je even if nak buat 4 hari pun... tp kn clock 10 working hrs. 1 hr rehat

tp staff mampoo keww?

5 hrs / lunch / 5hrs so masuk 8am until 7pm

sbb nanti sama je mcm keja 9-6pm monday - friday.. 8 hrs / 1 hr lunch

lunch tu tak dikira working hrs yach

then if ada co yg nak stretch 45 hrs, jumaat dtg la half day tp start 7.30am- 12.30noon, kang clash pulak solat jemaat, takkan nak masuk balik for 1 hr
Quote midori888 25-11-2024 09:41 AM
Kitty_catz replied at 25-11-2024 09:16 AM
boleh je even if nak buat 4 hari pun... tp kn clock 10 working hrs. 1 hr rehat

tp staff mampoo keww ...

company o&g dah berahun2 buat Friday half day...40 hrs work week, sehari 9 jam kerja, excluding lunch hour. Flexi working hours 7-5, 8-6 or 9-7
Quote ezacbee 25-11-2024 09:51 AM
Keje 12 jam. Senang nak berurusan.
Quote Kitty_catz 25-11-2024 09:59 AM
midori888 replied at 25-11-2024 01:41 AM
company o&g dah berahun2 buat Friday half day...40 hrs work week, sehari 9 jam kerja, excluding lu ...

meols ok jah kut mana pun janji cukup jam

so bila nak start tu??
Quote eragon 25-11-2024 11:50 AM
jumaat petang selalunya x ada productiviti.  
Quote Suchi 25-11-2024 11:54 AM
clueless_gamer replied at 25-11-2024 05:13 AM
buat jelah 4 hari seminggu.. cuti 3 hari solid

tapi masuk pkol 8 pagi sampai pkol 7 petang

Pastu budak sekolah pun sekolah 4 hari ke?
Quote Suchi 25-11-2024 11:55 AM
Kitty_catz replied at 25-11-2024 09:16 AM
boleh je even if nak buat 4 hari pun... tp kn clock 10 working hrs. 1 hr rehat

tp staff mampoo keww ...

Swasta keje 8 jam
Tp gomen biar  sampai 10-12 jam senang sikit la nak wat urusan lepas balik keje hahah

Quote Kitty_catz 25-11-2024 01:42 PM
Suchi replied at 25-11-2024 03:55 AM
Swasta keje 8 jam
Tp gomen biar  sampai 10-12 jam senang sikit la nak wat urusan lepas balik keje ...

marah acik gomen tu kanggg

tp make sure betul2 10 jam la... tade ngelat2 pi mimum pagi petang malam amek anak segala

10 counter , 10 bukak,  agichewww
Quote azimodin 25-11-2024 01:47 PM
Aku ok je kerja 5 hari.  Yg x ok bila hari cuti pon ada je call kerja. Bila aku x pickup, dorang call husband aku pulak sebab satu department. Geram betul. Pastu bila aku cakap x boleh nak layan/check email sebab ada kat pasar, boleh pulak kena perli "untung la sabtu ahad cuti, kitorang rest day sehari je". Yg rest day sehari tu rumah + bil letrik+bil air+maid pon company sediakan. Bonus dorang pon lagi banyak.
Quote LostStar 25-11-2024 05:45 PM
waktu kerja kalau nak tambah 10 jam biar sama dengan sekolah. nanti takde la kat tempat kerja nak ngelat amek anak petang lepastu lesap. taw2 datang punch out ja.
Quote ninja boy 25-11-2024 06:08 PM
Edited by ninja boy at 25-11-2024 06:12 PM

Org gomen x faham2 bahasa dah dpt waktu kerja 4 hari ka 4.5 hari ka pergilah balik kg ka shoping barang dapur ka riadah ka servis kereta ka, ini paksa2 org swasta itu ini yg hanya ada ahad utk rehat kadang2 ahad x rehat pun
Quote ninja boy 25-11-2024 06:15 PM
Coming soon cuti sekolah pergilah mall ka cinema ka market ka mkn2 ka jam 9-12 tghr dan mesti balik rumah jam 4, org swasta balik kerja jam 6 jem gile sampai rumah jam 10 mlm sbb korang semua malas bangun pagi pergi mall petang2
Quote Kuin-Kepam 26-11-2024 09:28 AM

Quote johan-adx 26-11-2024 09:57 AM
setiap 3mingu boleh dh kot cuti 3hari utk weekend. cuba slow2..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062667 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top