CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies mula rasai ‘nikmat’ selawat 1000 kali 40 hari - “Nak kalian rasa apa Anis rasa”

26-11-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37300| Komen: 31

 


Seronok berbuat baik, pelakon Ruhainies, meluahkan rasa gembira apabila ramai peminat sudah mula mengikuti misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari yang dilakukannya selama 40 hari.

Enggan kedekut ilmu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, dia mahu orang ramai merasai perubahan seperti mana dialaminya selepas melakukan amalan tersebut.

“Alhamdulillah, seronoknya ramai yang sudah mula (berzikir). Ada yang dah buat 10 hari, lima hari, dua hari dan ada baru nak mula hari ini.

“Jom kita sama-sama rasa. Anis (panggilan Ruhainies) tak nak kedekut seorang-seorang. Nak kalian rasa apa Anis rasa,” katanya dalam Instagram Story.

Meskipun baru mengamalkan rutin tersebut selama 34 hari, pelakon drama Terjerat itu mengakui sudah merasai pelbagai nikmat namun memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai perubahan yang dialaminya.


“Saya baru 34 hari, ada lagi enam hari lagi, doakan saya. Walaupun belum cukup 40 hari, saya boleh rasa perbezaannya dan banyak nikmat diterima.

“Saya tak perlu sebutkan (nikmat) disini, biarkan hanya saya dan Allah sahaja tahu,” dedahnya.

Bukan ingin menunjuk-nunjuk, Ruhainies tidak memaksa sesiapa untuk mengikuti amalan tersebut sebaliknya hanya berkongsi pengalaman peribadinya.

“Sudah tentu tiada paksaan pada sesiapa ya. Hanya yang ingin rasa perubahan itu dialu-alukan sebab janji Allah itu pasti.

“Anis mengajak siapa yang ingin sahaja, siapa yang buat Alhamdulillah dapatlah manfaatnya. Anis tak rugi apa-apa.

“Siapa buat dia dapat, siapa tak buat pun tak mengapa. Tak berdosa pun. Saya hanya gembira untuk berkongsi pengalaman saya,” tegasnya.

Sebelum ini, Ruhainies berkongsi dirinya kini sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Malah aktres berkenaan turut mengajak orang ramai terutama golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan tersebut.


Sumber: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fazdnoah 26-11-2024 10:47 PM
Tp baru² ni ko tunjuk tek kan? Xpahamlah aku betina ni
Quote L.U.S.M 26-11-2024 10:59 PM
Masa kena tgkp tu tgh zikir ke tgh berendut
Quote bambimo 26-11-2024 11:26 PM
Allahu..semoga bf anis & mak ayah nya sekeluarga happy mendengar bakal menantu nya rajin berselawat
Quote slyfynx 26-11-2024 11:57 PM
Hahahahahahahahahahahaha
Tenang ye?
Quote hokeypokey 26-11-2024 11:58 PM
uwekkk nk muntah aku
Quote pocongkiutss 27-11-2024 12:26 AM
Kulit muka setebal durian
Quote DukunSentet 27-11-2024 06:44 AM
Tak penat ke bagi stetmen justafai ko terpaling suchi murni nie..apa kemajuan dan kejayaan ngko ek dalam industri..memorable ke drama ngko..selain pencapaian ko berzikir sama bergomol dengan halip hazis..
Quote noor2 27-11-2024 06:47 AM
Ya Allah....please la dia ni.
Dia ingat org selama ni x berselawat dan berzikir yg lain2 hari2 ke..dah lama dah org buat tp x dela menunjuk mcm.dia ni..
Quote noor2 27-11-2024 06:51 AM
Ni lepas ni kalau dia start buat solat sunat dhuha, tahajud sekali dah mula la duk menunjuk pulak padahal benda2 yg wajib  mcm pakai tudung, tutup aurat , solat wajib  dia x de pulak fikir kelebihan..yg mana org2 lain dah lama buat .

Benda wajib ko ada buat ke..? Yg zikir pulak yg ko hebohkan
Quote Rogue98 27-11-2024 07:39 AM
Benda basic kut...mende lah pompuan ni...
Quote Hypothetically 27-11-2024 08:13 AM
Wts the point zikir byk mana pun kalau masih tak tahu benda basic duk dua duan dgn bukan mahram adalah haram.
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:15 AM
sapo yg tulis berita ni? mmg betul2 mancabar minda
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:16 AM
sekupu dgn rakan khalwet
Quote starcity 27-11-2024 08:16 AM
Misi utk mengharumkan nama yg dh busuk. Apa je sumber pendapatan dia ni. Rasanya dh lama tak berlakon
Quote dubuk 27-11-2024 08:42 AM
Alhamdulillah seperti bayi baru lahir..
Quote awex^returns 27-11-2024 08:48 AM
L.U.S.M replied at 26-11-2024 10:59 PM
Masa kena tgkp tu tgh zikir ke tgh berendut

tengah zikir semasa berendut.. matlamat akhir ke Jannah kan
Quote awex^returns 27-11-2024 08:49 AM
yang tunjuk tek aritu walaupun tetap lah nampak huduh dan buduh tu kira macam mana pulak
Quote IzzahF 27-11-2024 08:50 AM
elok la tu, kalo bole tambah jadi 7000 kali. manatau bole mengurangkan rasa merenyam datangkan nak berkhalwat je
Quote selipar_hijau 27-11-2024 08:53 AM
knapa aku rasa statement dia ni mcm menganjing netz sebenarnya

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.110190 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top