CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa banjir Kelantan jadi ‘wartawan’ beri laporan cuaca

29-11-2024 01:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 52609| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Penduduk yang terkesan banjir di negeri Kelantan turut mengambil kesempatan menjadi ‘wartawan’ bagi menyampaikan keadaan cuaca dan bencana yang berlaku di kawasan mereka sebagai pemakluman kepada orang ramai.

Menerusi pelbagai perkongsikan di media sosial terutama TikTok, ada yang merakam video keadaan banjir di kampung mereka selain membuat siaran langsung, sekali gus pemberitahuan kepada orang di sekeliling.

Perkongsian itu juga mendapat maklum balas positif terutama anak perantau yang tinggal di luar Kelantan untuk mengetahui situasi semasa banjir di kampung mereka.

Salah seorang pengguna TikTok turut memuji ‘wartawan’ rakyat Kelantan yang sentiasa cepat mengemas kini keadaan banjir di kawasan mereka bagi memudahkan penduduk lain mendapatkan maklumat terkini.


”Bila masuk musim banjir, ramai rakyat Kelantan tukar profesion jadi wartawan. Buka TikTok ‘berjujuk’ (banyak) FYP live update kawasan banjir. Info semasa cepat je sampai. Terbaik rakyat Kelantan,” pengguna TikTok Aifa Azlan & Suaminya.

”Ambo perase ramai anok perantau cakno ikut perkembangan terkini banjir di Kelate ni. Contoh tahun 2014, lagi ramai PM (mesej peribadi) ambo tanyo perkembangan sebab mak ayah duk kampung ni. Teruskan walaupun sekadar content tak sapa (sampai) 30 saat,” kata jeliloni.

”Ramai wartawan musim ni. Tak po suko kita tengok. Semoga dipermudah segala urusan di Kelantan, amin,” ujar Lisa.

”Ok sangat pakat update pasal banjir, lagi-lagi anak perantau hak duk (yang duduk) jauh duk rusing (runsing) keluarga di Kelate,” komen Isma Ibrahim. 


SUMBER : KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 29-11-2024 06:36 AM
paras rupa tak penting
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:37 AM
sek kito
Quote riyadhK 29-11-2024 08:03 AM
Mandi lanjey
Quote liyamariska 29-11-2024 08:22 AM
zaman sekarang ramai yg sukakan perhatian...
Quote sangbara2020 29-11-2024 08:45 AM
kalau dorg ckp loghat dorg mmg aku xfaham...
Quote Suchi 29-11-2024 09:05 AM
Iols takleh la tgk muka laki Aifa Azlan tu teringat filter muka sebek yg dh sebati ngn dia tu
Quote MadameOnion 29-11-2024 10:23 AM
bobby biol pun ada...memula rengsa..tapi rasa kelakar pulak laki bini tu..sbb tt live bobby biol miming suara bini dia
Quote makneng 29-11-2024 06:00 PM
Yang mak x leh terima tu, ulasan : paras air tak tinggi mana, paras dada angsa je.

Kalau paras air boh tu naik tahap doplohpat kaki pung tetaplah paras dada angsa jewww
Quote ultra78 2-12-2024 07:38 AM
Ada netizen X sembang kata banjir ni akibat sistem perparitan tak sempurna. Dia tak boleh bezakan ke antara banjir kilat dan banjir akibat angin monsun? Banjir kilat tu akibat hujan lebat sejam dua mcm yang berlaku di KL.Banjir tengkujuh ni akibat hujan lebat berhari-hari tanpa henti dan meliputi kawasan yang luas.

Bayangkan jika angin monsun tu lalu betul-betul atas kl dan selangor tanpa dihalang oleh sumatera. Memang lumpuh terus 2 negeri ni. Ingat sungai klang,sungai gombak dan sungai batu tu boleh handle ke amount air yang mengalir?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.032489 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top