Putrajaya: Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan pentadbiran 61 tahun Parti Baath pimpinan Bashar al-Assad. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata, pihakya menerusi kedutaan sentiasa memantau perkembangan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana. "Kementerian Luar memantau keadaan (di sana) dan kita berharap supaya keamanan dapat dikekalkan, supaya kerajaan yang baru ditubuhkan berusaha untuk mengekalkan keamanan serta keselamatan. "Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah pelajar ada di sana dan Konsul Kehormat (Malaysia) secara harian berhubung dengan Wisma Putra, ambil gambar, ambil video rakyat kita dan pelajar kita di sana dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah Inisiatif Kerajaan Jordan, di sini, hari ini.
Pentadbiran Parti Baath pimpinan Bashar tumbang pada 8 Disember lalu selepas ibu kota Damsyik tidak lagi dikawal kerajaan. Mengulas lanjut, Mohamad berkata, semua pelajar Malaysia di sana diarah tinggal di kolej masing-masing dengan keadaan mereka dipantau secara harian. "Saya dimaklumkan makanan semua mencukupi dan mereka duduk di kolej masing-masing manakala konsul kehormat kita sentiasa berhubung dengan pihak kolej," katanya. Sumber – Harian Metro |
ChildrenOfBodom replied at 18-12-2024 09:45 PM
Lekk aar sap kok lu
ADVERTISEMENT